Tuesday, 25 September 2018

Resepi Maggie Tomyam Kangkung

Hai korang...

Da cuba Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara? Now Qiya nak share Resepi Maggie Tomyam Kangkung plak. Qiya masak yang senang-senang je, konsep dia tak payah pening-pening fikir hehe

Resepi Maggie Tomyam Kangkung



Resepi Maggie Tomyam Kangkung, resepi, masakan melayu,


Bahan-bahan:-

1 bungkus Maggie Tomyam
1/2 ikat kangkung
3 ulas bawang putih
2 biji cili siam
1 biji telur
1 mangkuk air


Resepi Maggie Tomyam Kangkung, resepi, masakan melayu,


Cara memasak:-

1. Panaskan air dalam kuali dan tuang serbuk perencah Maggie Tomyam.
2. Masukkan bawang putih dan cili yg telah dihiris, masukkan juga kangkung yg telah dipotong dan biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan maggie dan biarkan lembut sekejap.
4. Kemudian masukkan telur, biar lagi sampai telur masak, kacau bagi sekata.
Da boleh makan...

Selamat mencuba...
Continue Reading

Monday, 24 September 2018

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Sebelum ni Qiya tak tau pun ejaan buah nanas yang betul adalah 'nanas'. Mati-mati Qiya ingat 'nenas'. Kalau yang ejaan 'nenas' ramai yang cakap merujuk kepada maksud perkataan lucah. Ye ke idok Qiya tak tau la plak. Yang Qiya tau buah nanas ni adalah one of my favourite food. Masa kecik-kecik dulu ayah selalu tanam kat ladang ataupun kat belakang rumah, so stok buah nanas ni memang sentiasa ada je. 

Biasanya buah nanas ni ayah Qiya suka buat kerabu, buat masak pajeri, ataupun campur dengan acar timun. Tapi sementara ayah siap-siapkan bahan untuk masak tu ada  la yang tukang ngap, ratah mentah cicah dengan garam... sedap tau! Haha... nostalgia masa kecik-kecik dulu... suka sangat meratah time mak ayah tengah masak.

Semalam Qiya singgah la kat kedai jual buah nanas tu, dapat la 4 biji macam dalam gambar kat bawah tu. Dalam kepala da terbayang-bayang je kerabu nanas. Sampai je kat rumah terus kerjakan ia... hehe


Resepi kerabu nanas style orang utara, resepi, kerabu, nenas, masakan melayu,


Kerabu nanas yang Qiya buat ni simple je, bahan-bahannya mudah sangat. Tak sampai 10 minit pun boleh siap tau, tu pun kalau korang da biasa kupas buah nanas la kan. Buah nanas ni yang lecehnya nak kena buang lobang hidung dia tu... yeke nama dia lobang hidung? Haha... nanti la ada masa kena cari info apa nama sebenar dia...

Nak tau tak resepi kerabu nanas style orang utara ni? Mai cek nak habaq... tunggu lepas solo gitar... eh, tetiba je plak ternyanyi lagu Hang Nak Pi Mana... hoho

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Bahan-bahan:-

1 biji nanas
1 labu bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan (yang da siap bakar)
Secubit garam

Cara-cara penyediaan:-

1. Kupas dan cincang buah nanas.
2. Potong bawang dan cili nipis-nipis.
3. Campurkan buah nanas dengan bawang, cili, belacan yang sudah dihancurkan terlebih dahulu, dan garam. 
4. Gaul sekata. Siap. Boleh hidang bersama nasi putih atau makan macam tu je.

Senangkan? Selamat mencuba...

Terima kasih sebab baca Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara ni. Jangan lupa baca juga Pengedar Shaklee di Shah Alam & Klang, Selangor dan juga Faktor-faktor Risiko dan Penyebab Gusi Berdarah ini.
Continue Reading

Thursday, 20 September 2018

Pengedar Shaklee di Shah Alam & Klang, Selangor

Anda mencari Pengedar Shaklee di Shah Alam dan Klang?

Anda ingin mencuba Produk Shaklee?

Anda berada di sekitar Shah Alam, Klang, dan kawasan-kawasan yang berhampiran??

Saya boleh membantu anda..


Pengedar Shaklee Di Shah Alam Dan Klang  Selangor


Saya Siti Rokiyah Saad merupakan Pengedar Shaklee (ready stock) di Shah Alam dan Klang Selangor. Bagi anda yang berada di sekitar Shah Alam dan Klang yang ingin mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi saya di talian 012-2668424.

Saya juga menjalankan khidmat penghantaran secara Cash On Delivery (COD) di sekitar area Shah Alam & Klang. Penghantaran secara pos melalui Gdex & pos laju juga disediakan bagi mereka yang berada di luar Shah Alam, Klang, seluruh Semenanjung Malaysia & juga di Sabah & Sarawak.

Kalau anda nak daftar ahli sebagai ahli shaklee untuk mendapatkan penjimatan sehingga 25%, anda boleh juga mendaftar terus dengan saya. Seterusnya jika anda berminat untuk Menjana Pendapatan Sampingan bersama bisnes Shaklee saya juga sedia membantu anda.


Pengedar Shaklee Di Shah Alam Dan Klang, Selangor, part time job, side income, pendapatan sampingan,


Saya dan keluarga merupakan pengamal produk Shaklee sudah 3 tahun…dan saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang kebaikan produk Shaklee ini…InshaAllah…

Syukur..banyak perubahan dari segi kesihatan saya dan juga keluarga setelah mengambil produk Shaklee sebagai suplimen harian.

Bagi yang berminat..ingin tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee…

Jangan segan-segan hubungi saya Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang untuk order dan sebarang pertanyaan..

Konsultasi terbaik untuk anda semua…

Set-set terlaris yang disediakan  :

SET HAMIL

SET BERSALIN / BERPANTANG

SET MENYUSU

MASALAH BERAT BADAN / KURUS

KESUBURAN

KEINTIMAN

ECZEMA

MASALAH KULIT

KECANTIKAN

ANAK KURANG SELERA MAKAN

KECERGASAN

KANAK-KANAK

DEWASA

WARGA TUA

UNTUK PELAJAR

UNTUK MINDA

SAKIT SENDI

AWET MUDA

DAN LAIN-LAIN LAGI…


Pembelian secara online..boleh klik DI SINI atau di bawah..




Anda juga boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda..Mentor Bisnes Anda !!!


Siti Rokiyah Saad
H/P No : 012-2668424
Shaklee ID : 1223125
IG : Qiya Saad

Hashtag : #shakleebyqiya #vitaminqiya




Continue Reading

Ostematrix Shaklee

Ostematrix ini adalah Kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh. 

Kandungan dalam Ostematrix


Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya

Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang  

Manfaat Ostematrix


- Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
- Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
- Meringankan stress
- Menstabilkan tekanan darah
- Melegakan sakit ketika haid
- Membantu dalam masalah gastrik
- Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
- Mengurangkan risiko praeklampsia
- Membantu mengurangkan sakit belakang
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
- Membantu masalah kolestrol
- Menggalakkan kulit yang cantik
- Melegakan sakit-sakit sendi
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu melembutkan najis
- Membantu mengatasi migrain
- Membantu masalah buasir

Perkara menarik mengenai OSTEMATRIX


- Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin , dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium.
- Tidak berbau
- Tidak mempunyai rasa
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Cara-cara pengambilan Ostematrix


- Ambil 4 biji sebelum tidur
- Sebotol mengandungi 120 biji ostematrix

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium


- Kerap sakit gigi
- Gusi Berdarah
- Kejang Otot
- Rambut kasar
- Tumit pecah/ kasar
- Kuku rapuh
- Kebas kaki dan tangan
- Kulit kering


Siapa yang sesuai mengambil Ostematrix?


- Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
- Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
- Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
- Ibu Mengandung
- Mereka yang mengalami masalah sembelit
- Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
- Mereka yang kerap lesu/letih
- Mereka yang selalu kekejangan otot


Promo Ostematrix September 2018
Beli 3 Jimat 5%


Ostematrix, Shaklee
Klik gambar untuk maklumat lengkap berkaitan produk Shaklee


Qiya
Pengedar Sah Shaklee
012-2668424
Continue Reading

Tuesday, 18 September 2018

Saturday, 15 September 2018

Resepi Bubur Durian Paling Simple

First time Qiya makan pulut dgn bubur doyan... sodap jugak 😄 Balance makan pulut durian malam tadi sebenarnya ni. Kebetulan Qiya balik kampung baru-baru ni mak Qiya bekalkan la 1 tuppaware durian. Dan kebetulan jugak masa tu hujung-hujung musim buah kat kampung dapat la jugak merasa buah manggis, rambutan, dan juga doyan free. 


Bubur durian, serawa durian, resepi


Resepi bubur durian ni simple je. Bubuh apa yang ada je. Kalau ikut resepi mak dengan ayah Qiya, bubur atau serawa ni selalunya kena ada daun pandan dan sagu tapi sebab tak ada stok kat rumah Qiya guna jela bahan yang ado... yang pasti rasa bubur durian ni lebih kurang sama je dengan resepi mak ayah Qiya...huhu


Bubur durian, serawa durian, resepi


Resepi bubur durian:-


Bahan-bahan:-

1. 6 ulas durian
2. Santan (1/2 biji kelapa parut)
3. 5 sudu gula perang
4. 2 sudu susu pekat
5. Garam

Cara memasak:-

1. Masak santan bersama durian dgn api perlahan.
2. Masukkan gula perang, susu pekat, dan garam.
3. Biarkan mendidih sehingga isi durian separuh hancur sambil kacau perlahan-lahan.
4. Siap. Boleh makan dgn pulut kukus, roti, atau pun makan macam tu je pun da sedap yakmat 😋

Selamat mencuba!

Continue Reading