Thursday 22 March 2018

5 Cara Mudah Untuk Menjaga Kecantikan Kulit Wajah

Hai korang...

Hari tu Qiya tanya kawan Qiya yang kerja kat Hospital Ampang Puteri tu macam mana nak dapatkan kulit cantik. Boleh ke buat injection vitamin C untuk bagi kulit jadi putih dan bebas jerawat. Pastu Qiya tanya lagi kalau buat laser treatment OK tak...hehe banyaknya soalan... 

Dia kata jangan sembarangan buat rawatan kecantikan muka ni sebab kebanyakan yang datang kat hospital tempat dia kerja tu ramai yang nak repear muka yang rosak teruk akibat penggunaan produk kecantikan dan kosmetik terlarang sama ada di kalangan artis ataupun orang biasa. Dia kata baik cek betul-betul tu sama ada tempat yang kita nak buat rawatan tu adalah klinik esthetic ataupun beautician dan better buat kat klinik esthetic sebab beautician kebanyakkannya diorang ni tak ada qualification.


antibiotik untuk kulit muka, cara jaga kulit wajah, cara rawat masalah jerawat, pencagaan kulit muka, skincare, supplemen, tips kecantikan, Vitamin C,


Dia tanya apa problem kat muka Qiya. Qiya jawablah muka Qiya berjerawat, kulit kusam dan tona tak sekata, ada scar, pigmentation, dan open pores yang amat ketara. Dia kata kalau macam tu buat la treatment PRP, iaitu stands for Platelet Rich Plasma dan kos rawatan plak RM2500++ ... hahahaha... pengsan nak kumpul duit... tapi dia kata PRP treatment memang OK dan perubahan kat wajah kita akan nampak dalam tempoh yang singkat.

Bila fikir-fikir duit tak berapa nak hado so Qiya pun praktis jela 5 cara mudah untuk menjaga kecantikan kulit wajah ni. Ianya adalah rutin harian Qiya sebenarnya dan ada sedikit penambahan pada cara yang ke-4 dan ke-5. Nak tau apa rutin penjagaan kulit wajah yang Qiya amalkan? Teruskan membaca tau...


1. Bersihkan wajah dengan pembersih muka yang sesuai


Setiap pagi lepas bangun tidur da jadi rutin Qiya bersihkan muka dengan pembersih muka untuk bersihkan kulit yang berminyak. Qiya gunakan pembersih muka jenama Safi.


2. Gunakan Toner Wajah selepas bersihkan muka


Lap muka dengan tuala selepas dibersihkan and then Qiya apply Hada Labo Whitening Lotion untuk elak kulit menjadi kering setelah dibersihkan dan juga untuk memberi lembapan pada kulit wajah.


3. Gunakan Pelembab Wajah selepas menyapu toner


Pelembab wajah yang Qiya gunakan adalah Cetaphil Moisturizing Cream. Qiya baru gunakan jenama Cetaphil ni and so far bila apply tu rasa agak selesa dan kulit muka tak rasa melekit. Selalunya Qiya akan pakai bedak jenis loose powder dan lipstick je lepas apply moisturizer bila nak keluar kejap-kejap. Tapi kalau waktu kerja Qiya akan apply BB Cream dan compact powder jenama Pixy untuk long lasting effect.


4. Makan Antibiotik untuk Merawat Kulit Wajah yang Berjerawat


Selain menggunakan skincare yang sesuai dengan kulit wajah, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu kalau nak ambil sebarang ubat untuk kurangkan masalah kulit muka yang berjerawat. Macam kes Qiya doktor bagi 10 biji Antibiotik Doxycap Doxycycline Capsule B.P. 100mg VFDOX06-1 yang berharga RM25 dan perlu diambil 1 biji sehari selepas makan.

Tapi sebelum tu Qiya ada tanya doktor sama ada injection vitamin C disediakan kat klinik tersebut atau tak. Hehehe... Doktor tu cakap tak ada dan respond dia macam da familiar sangat je dengan soalan macam tu... acuh tak acuh je doktor tu jawab... hahaha...


5. Amalkan Pengambilan Supplemen yang Mendapat Kelulusan KKM


Kalau cakap pasal supplemen Qiya ni adalah orang yang paling susah nak makan supplemen lagi-lagi yang jenis tablet. Risau je kalau telan-telan tapi tablet tu tak hancur dan tersekat kat mana-mana organ dalaman especially kedney sebab almost 10 years ago mak kawan Qiya ni ada menghidap sejenis penyakit yang mana nama penyakit tu Qiya pun da lupa tapi mak kawan Qiya tu selalu kena follow up kat hospital dan pernah menjalani operation. Umur mak kawan Qiya tu kalau tak silap dalam lingkungan 50 tahun ke atas.

Masa lepas operation tu kawan Qiya cakap banyak ubat yang tak hancur ada kat dalam buah pinggang mak dia disebabkan banyak makan ubat-ubatan yang berbentuk tablet. Lepas pada kejadian tu, semua ubat yang berbentuk tablet dia akan hancurkan dulu sebelum makan.

Dan sebab ni juga la Qiya takut nak ambil supplemen tapi disebabkan faktor usia yang meningkat dan kulit Qiya yang kerap terdedah kepada sinar UV, asap, dan habuk Qiya tawakal je dan cuba consume semula Shaklee Sustained Release Vita-C Plus ni selepas 3 tahun tinggal Vita-C ni. Dulu Qiya sempat consume 2 botol vitamin C (180 tablets/bottle) dan rasa macam elok sikit kulit muka. That's why Qiya makan semula vita c ni.

Mudah kan 5 Cara Untuk Menjaga Kecantikan Kulit Wajah ni? 

7 comments:

  1. Hati-hati memilih ubatan atau vitamin...kadang ianya menampakkan kesan jangka masa panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitamin c kebanyakkan yang consume ni kulit diorang memang cantik dan antibiotik plak untuk bunuh kuman dalam tempoh tertentu je. Bukan consume selama-lamanya. Apa pun kena dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu...

      Delete
  2. Assalam.Qiya..awk g jmpa dtkr kt klinik mana ya??sbb sya pun duk cari docycap ni..susah jumpa..sbb penah ambil.bgud doxycap ni dari other antibiotik..pnh bli kt fmarsi tk ubt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya beli kat Klinik Alam Medic Sek 34 Shah Alam dan saya tak pernah beli kat farmasi. Awak cakap doxycap bagus... boleh tau bagus yang macam mana?

      Delete
  3. sha pernah ambik supplement jugak dulu tapi menyesal sebab duit habis tapi taknampak kesan. masa tu muka sha banyak jugak jerawat sampai takselfie, takyakin sebab dah pakai filter pun jerawat nampak jugak. sha cari jalan lain, nakpi klinik takberani haha. sha google, jumpa cakap minum air kosong banyak biar buang kotor dalam badan dan minum greentea, alhamdulillah its getting better! sha ada cerita smeua kat blog sha hehe rajin rajin singgah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin supplemen yg Sha ambil tu tak sesuai dengan jenis kulit dan hormon kot. Qiya banyak da try before this dan sesuai dengan shaklee je. Yang lain2 tak ada effect. Collagen drinks pun pernah ambil tapi maybe tak sesuai dengan kulit Qiya. Green tea memang best dari segi membuang semua tu, untuk kulit macam tak ada effect jugak. Maybe kena konsisten for certain duration baru nampak kot. Ok... nanti ada masa Qiya tengok kat blog Sha ye.

      Delete
  4. Kadg amalan kita hari2 tu la yg mebantu kulit sentiasa segar kan..asal jgn salah pilih produk..skrg mcm2 produk ada

    ReplyDelete