Sunday 28 January 2018

Konsert XPDC & Cromok Metal Legends di MAEPs Serdang (Febuari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Khamis yang lepas Qiya dijemput untuk menghadiri sebuah majlis sidang media atau Press Conference di House of Kambing, MAEPs Serdang bagi menjayakan sebuah Konsert XPDC & Cromok Metal Legends Live in Concert yang bakal diadakan bertempat di Pintu 2, MAEPs Serdang pada 3hb Febuari 2018 jam 8.30 malam tidak lama lagi.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Kalau korang nak tau Qiya ni memang peminat setia Kumpulan heavy metal XPDC dan Cromok ni dari zaman kaset dan CD/VCD sampai la sekarang ni. Masa tu tahun 1999-2001 kalau Qiya tak silap. Setiap hari earphone mesti tergantung je kat telinga sebab dengar carta radio ataupun segmen Pilihan Bersama Radio Muzik dekat walkman. Nostalgia sangat tau...


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Banyak lagu popular XPDC yang Qiya minat sebenarnya antaranya Nafisa,  Titian Perjalanan, Hentian Ini, Hijau Bumi Tuhan, CINTA, dan banyak lagi sampai Qiya pernah la belajar main gitar intro lagu Hidup Bersama tu. Cikgu gitar Qiya masa tu adalah abang dan dua orang adik lelaki Qiya. Diorang memang pro main gitar...tapi anak murid dia ni still tak faham dan tak dapat tangkap langsung cord gitar apa yang diorang main...hahaha...memang Qiya ni tak ada bakat main alat muzik agaknya... Eh Qiya pandai la main alat muzik...masa kat kampung dulu Qiya main kompang untuk kenduri kahwin la...haha


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Tapi sebenarnya main alat muzik ni kena selalu praktis, macam abang dan adik-adik Qiya memang setiap hari diorang main gitar, pergi jamming dengan kawan-kawan diorang dan kadang-kadang kalau diorang terdesak sangat Qiya la kena jadi vokalis masa diorang tengah praktis main gitar walaupun diorang da tau Qiya menanyi memang tempo semua ke laut dalam...hahaha...tapi tu la kisahnya... Qiya memang membesar dengan lagu-lagu sezaman dengan XPDC dan Cromok ni...


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Peminat setia muzik heavy metal pastinya tak nak lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert XPDC yang dianggotai oleh Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) nanti kan?


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Zuar dalam satu temubual baru-baru ini berkata, konsert ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat.

  “Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl. Malah, kedua-dua band ini juga akan bergabung di atas satu pentas di penghujung konsert. Cromok pula mengharapkan konsert ini bakal menggembirakan peminat setia mereka.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,

  
“Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok,” kata Karl.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu.



MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney  pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


“Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC  seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,


Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar.

“Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.


MetalLegends, CromokXPDC, Cromok, XPDC, MaepSerdang, Maeps, mtcmedia, MalaysiaTourismCouncil, MakesTourismChampion, MaepsSerdang, MapsAgroTourismPark, qiyasaad, qiyasaaddotcom, konsertmetallegends,

  
Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

3 comments:

  1. XPDC tu tau lagu semangat yang hilang jee..

    ReplyDelete
  2. Its a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. Large Metal Sculptures For Sale

    ReplyDelete
  3. It is a great website.. The Design looks very good.. Keep working like that!.

    small portable air conditioner for camping

    ReplyDelete