Friday 8 December 2017

Lepak-lepak Dekat Sky Park - One City, USJ

Da lama Qiya nak pergi lepak-lepak kat Sky Park One City yang terletak dekat USJ, Subang Jaya ni. Baru beberapa hari lepas tertunai jugak hasrat hati ni...hehe...



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Tapi kalau nak best pergi la waktu malam. Bila bergambar kat atas bumbung kaca tu dapat la tengok bawah sebab ada cahaya dari bawah. Qiya tak tengok plak berapa tingkat One City ni sebab gayat naik lift kaca tu. Naik lift terus je tekan button Roof. 



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Yang menariknya kat Sky Park One City USJ ni lanskap dia cantik. Nama pun 'park' atau pun dalam bahasa Melayu 'taman' da tentu-tentunya banyak pokok-pokok kan. Bila duduk dekat atas ni boleh nampak pemandangan sekitar USJ. Depan One City ni ada bangunan Main Place Mall yang warna merah putih tu.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Banyak elemen lanskap yang buat korang rasa sejuk je mata memandang kat Sky Park One City ni. Antaranya adalah pergola, kolam, lantai kaca, dan lantai kayu. Sesuai la bawa family jalan-jalan kat sini. Restoran pun banyak jugak. Kedai permainan kanak-kanak pun ada. Yang lagi bestnya kolam renang pun ada jugak. Kalau rasa-rasa nak berenang boleh la ajak kawan-kawan datang sini kan.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Selain itu, dekat Sky Park One City USJ ni angin dia kuat tau. Syok je bersantai kat tepi tembok kaca. Kalau nak buat port untuk photoshoot pun cantik.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Terima kasih kerana membaca entry Lepak-lepak Dekat Sky Park - One City, USJKalau boleh Qiya nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Tunaikan Zakat Sempena Kempen Year End Zakat (YEZ) ni. 

1 comment: