Friday 11 November 2016

Drama Awak Sangat Nakal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Best plak aku tengok drama Melayu Awak Sangat Nakal lakonan mantap Ayda Jebat yang memegang watak sebagai Erine Johanna dan Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin kat Astro Ria tu tapi aku tengok tak ikut sequence pun sebab aku bukan kaki tengok Drama swasta kat dalam tv tu. Tengok gitu-gitu je. Mana yang tengah tayang time aku on tv yang tu la aku tengok.

Tak adanya nak tunggu ikut time siaran sebenar dia kecuali yang live macam program realiti Gegar Vaganza ke ataupun sukan MotoGP. So, sekarang aku tak tahu hujung pangkal cerita Awak Sangat Nakal yang mana watak utama dia adalah Ayda Jebat yang popular menerusi lagu dia yang bertajuk Siapa Diriku ni. That's why aku come up dengan entry ni so that aku boleh online streaming je tu pun kalau cukup data la...tapi biasanya memang tak cukup la 1GB free data ni...hahaha...

Awak Sangat Nakal - Episod 1
Awak Sangat Nakal - Episod 2
Awak Sangat Nakal - Episod 3
Awak Sangat Nakal - Episod 4
Awak Sangat Nakal - Episod 5
Awak Sangat Nakal - Episod 6
Awak Sangat Nakal - Episod 7
Awak Sangat Nakal - Episod 8
Awak Sangat Nakal - Episod 9
Awak Sangat Nakal - Episod 10
Awak Sangat Nakal - Episod 11
Awak Sangat Nakal - Episod 12
Awak Sangat Nakal - Episod 13
Awak Sangat Nakal - Episod 14
Awak Sangat Nakal - Episod 15
Awak Sangat Nakal - Episod 16

Drama Awak Sangat Nakal ni adalah sebuah drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil terbitan October yang mula ditayangkan pada 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.




Sinopsis Awak Sangat Nakal (novel)


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin mangsa usikannya.

"Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu."
"Jo.."
" Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?"

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah mengapa dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

"Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can'ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang."

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Jangan lupa saksikan drama Awak Sangat Nakal setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria, 104 dan 123 HD.

Terima kasih kerana membaca entry Drama Awak Sangat Nakal ini.

Credit to www.kbergetar.com

Drama Awak Sangat Nakal | Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku | Ayda Jebat - Lirik Lagu Awak Sangat Nakal (OST Drama Awak Sangat Nakal) 

1 comment: