Pada mulanya aku sikit pun tak mengendahkan cerita-cerita tahyul tu sebab belum pernah terjadi perkara macam tu dekat aku masa tu. Tapi selepas berlaku satu peristiwa yang mana aku dan budak-budak asrama perempuan Bukit Kubur tu diganggu oleh budak-budak lelaki dari asrama Bukit Kubur juga bermula la kisah seram dalam perjalanan hidup aku ketika umur aku 14 tahun sampai la beberapa tahun yang lepas.
Sumber |
Kisahnya bermula apabila suatu malam setelah budak-budak lelaki tu mengganggu kami dengan suara-suara pelik. Aku cuba beranikan diri untuk buka tingkap dan mata aku terpana pada satu kelibat yang lengkap berpakaian serba putih menghala ke arah satu jalan lebih kurang 500 meter dari kedudukan aku.
Untuk mendapatkan kepastian aku pun panggil salah seorang rakan aku dan memang ternyata dia pun melihat kelibat tersebut. Tapi hanya dari belakang susuk tubuhnya saja dan dalam tempoh beberapa saat saja kelibat tu da hilang.
Sejak dari peristiwa tu hidup aku memang da tak tenang lagi ditambah pula dengan kisah ditindih oleh makhluk halus yang diceritakan oleh senior aku tu.
Bermacam-macam kisah seram yang aku lalui ketika itu termasuklah aku sendiri ditindih oleh makhluk ghaib yang aku sendiri pun tak pernah tahu macam mana rupanya. Selain tu, aku banyak kali terdengar bunyi cangkul yang diheret diatas permukaan semen ketika aku terjaga dari tidur tengah-tengah malam dan di awal waktu subuh.
Nama sekolah Bukit Kubur tu sebenarnya disebabkan terdapat tanah perkuburan Islam berhampiran kawasan sekolah dan asrama. Kalau tak silap lebih kurang 300 meter je sekolah tu dengan kawasan kubur tu.
Selama 3 tahun bersekolah disitu selama itu juga la aku dibelenggu ketakukan oleh misteri-misteri di asrama Bukit Kubur yang sering menghantui aku.
Paling aku takut dan kecut perut bila aku datang period dan terpaksa tinggal sorang-sorang dalam asrama sebab waktu maghrib dan isyak semua penghuni asrama kena solat berjemaah. Ketika azan berkumandang aku selalu dengar bunyi satu objek yang sedang bergolek diatas bumbung asrama dan hilang bila tiba di penghujung bumbung disertai satu bunyi yang aneh.
Sejak kejadian tu aku mula menghafal ayat Kursi dan bila terjadi sesuatu perkara misteri aku terus membaca ayat al-Quran tersebut. Misteri ditindih oleh makhluk ghaib di asrama Bukit Kubur la satu-satunya peristiwa seram yang tak boleh aku lupakan sebab ianya betul-betul memberi kesan yang mendalam terhadap emosi aku sehingga kini.
Sinopsis Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah
bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad.
Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai
makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula
berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah
langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk
menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa
pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Trailer Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning ini adalah dibawah terbitan MIG Pictures Sdn Bhd akan ditayangkan pada 22 September 2016 ini. So, jom kita ramai-ramai menonoton filem Volkswagen Kuning ni.
Selain tu anda juga boleh menyertai contest Volksagen Kuning ini dari pautan yang aku sediakan kat bawah ni. Contest ini adalah kerjasama antara pihak MIG Pictures Sdn Bhd dan Bro Framestone. Dan yang menariknya adalah hadiah contest ini berupa sebuah telefon pintar OPPO F1s.
0 comments:
Post a Comment