Thursday 23 June 2016

7 Cara Jana Pendapatan Sampingan RM1,800 dari Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau cakap pasal jana pendapatan sampingan dari rumah mesti ramai sangat yang teruja kan..sapa tak nak kalau duduk rumah pun boleh dapat duit. Sebenarnya banyak cara yang boleh dibuat untuk jana side income dari rumah secara online ataupun offline. Ikut kreativiti dan kemahiran masing-masing.  

Masa mula-mula aku melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ni aku tak tahu pun aku boleh jana income dari blog. Tujuan aku berblog untuk buat bisnes dan suka-suka je. Tapi makin lama aku menulis dan iklankan blog aku ni makin banyak plak rezeki yang aku dapat hanya kerana aku seorang Blogger.

Dengan platform Blogger ni rezeki aku datang dari pelbagai sumber. Kalau dulu aku cuma fikir 100% income tu dari blog. Memang betul sebenarnya..ada je yang 100% sumber pendapatan mereka hanya dari blog. Ada beberapa orang Blogger yang aku kenal dan juga mengenali aku diorang ni duduk rumah je tapi ada pendapatan sendiri. Income diorang ni empat angka ok..bukan sikit-sikit..da sama macam bekerja makan gaji plak kan..

Tapi macam mana tu? Mula-mula aku pun tak percaya sebab aku belum lalui apa yang diorang lalui. Tapi sekarang ni bila aku da lalui sendiri biar aku share macam mana cara aku jana income dari rumah secara online. Tapi terus terang aku cakap income aku dari pelbagai sumber. Blogger hanya sebagai sebuah platform untuk aku mendapatkan sesuatu tawaran pekerjaan sama ada dari rumah atau kena bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Banyak cara yang aku gunakan untuk jana income dari platform Blogger ni..antaranya adalah...


1. Affiliate Marketing

Bagi Blogger newbie yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni mesti tertanya-tanya affiliate marketing ni apa. Affiliate marketing ni adalah satu platform untuk menjana pendapatan dengan cara kita mengiklankan atau mempromosi produk orang lain. Pengiklanan tu tak semestinya dalam blog je. Dalam facebook dan Instagram pun boleh sebenarnya. Ikut kreativiti dan masa yang boleh kita spend untuk melakukan sesuatu promosi tu. Affiliate marketing ni biasanya kita akan dapat income atau komisen dari jumlah produk yang terjual dari sesebuah syarikat affiliate tu. Lagi banyak orang beli dari iklan kita lagi banyak la pendapatan kita. Bagi aku, better tulis tentang sesuatu produk yang korang rasa ada potensi tinggi untuk orang beli dalam blog dari korang iklankan secara direct dalam facebook atau twitter sebab banyak masa terbuang nanti. So, kalau nak senang korang tulis dalam blog then iklankan la dekat mana-mana platform pengiklanan contohnya dalam group bisnes FB ataupun ping entry korang dekat blogr.my ni. Banyak affiliate marketing yang aku join tapi setakat ni Involve Asia je satu-satunya affiliate marketing yang aku rasa senang sikit nak dapat komisen. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni sebagai bukti komisen aku dari Involve Asia.


7 Cara Jana Pendapatan Sampingan dari Blog
Bukti pendapatan dari Involve Asia
 

2. Advertorial/ Reviews

Advertorial ataupun Reviews ni pun salah satu sumber pendapatan sampingan aku dari blog jugak. Korang boleh tengok contoh-contoh REVIEWS yang aku tulis untuk sesuatu produk ataupun servis yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan dekat bawah ni. Scroll je entry ni ok..hehe.. Sebelum korang nak dapatkan kerja-kerja reviews yang berbayar ataupun paid reviews apa kata korang belajar dulu macam mana cara nak tulis reviews ni. Antara contoh reviews yang pernah aku tulis adalah seperti di bawah ni...










Dan banyak lagi reviews yang aku tulis. Semua ni adalah sumber pendapatan sampingan dari blog aku..


3. Event Coverage

Kalau korang tinggal di kawasan bandar yang ada banyak aktiviti disekitarnya memang akan jadi satu bonus untuk korang. Sekarang ni da jadi trend bila ada event contohnya event untuk pelancaran satu jenama produk baru, normally Blogger akan dijemput sebagai wakil media dan token penghargaan berupa cash plak disediakan. Aku pernah dapat satu offer untuk buat liputan media di sebuah event dalam tempoh beberapa jam je dengan bayaran (token) RM200. OK tak RM200 cuma untuk pergi event dan tulis reviews dalam blog? OK sangat kan..

Dekat bawah ni korang boleh tengok contoh-contoh event yang aku join selama beberapa bulan aku aktif semula dalam dunia penulisan Blog ni. 






4. Talent

Bila makin ramai orang kenal kita, makin senang la nak dapat job berbayar. Selain income dari blog, dari industri talent pun aku sapu tau. Kalau sebut talent ni biasanya kerja-kerjanya adalah berkaitan dengan kerja seni. Tak kisah la talent untuk filem ke, model ke, MTV ke, ataupun iklan komersial. Dari platform Blogger ni la aku cuba explore ke dunia seni plak. Contohnya macam ni, kalau korang ada terbaca iklan dalam fb group yang nak guna blogger dalam iklan produk atau apa-apa je korang apply je tau. Mana tau dapat ke kan. Selain dapat duit korang berpeluang untuk jadi femes..hihi..bukan untuk femes la, untuk cari rezeki yang halal..niat kena betul..Tapi serius kerja-kerja talent ni memang penat dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Biasa la kalau terlibat dengan kerja-kerja penggambaran ni yang pertama kena fikir betul-betul sebelum terlibat adalah masa dan lokasi. Kalau masa untuk shooting tu dari petang sampai subuh dan lokasi plak dekat India (hehehe..contoh je..) memang aku tolak je sebab aku tak akan boleh commit. So, aku cari la masa dan lokasi yang sesuai dengan kemampuan aku. Korang nak tau tak shooting apa yang aku pernah terlibat? Tak payah la..hahaha..


5. URL Link Shortener

Link shortener ni ada bagus dan ada buruknya. Yang bagusnya bila orang klik satu-satu link yang kita da pendekkan guna URL link shortener ni kita akan dibayar. Contohnya RM0.01 per klik. Memang macam sikit tapi kalau untuk long term bagus. Long term tu macam mana? Long term tu korang apply la link shortener ni untuk buat backlinks dalam blog korang. Selagi korang tak delete entry tu selagi tu la blog korang akan menjana pasif income untuk korang. Sebagai contoh..

1 klik = RM0.01
1 hari = 100 klik
1 bulan = RM0.01 x 100 x 30 = RM30

Sapa nak bagi RM30 kat korang FREE FREE je? Tak ada kan.. Lagipun kerjanya bukan susah, buat backlinks je. Korang kena fikir link shortener ni sebagai pelaburan. Buat dan buat je. Jangan fikir income dulu. Yang penting tulis dan terus menulis artikel blog yang berkualiti disamping tu korang relate kan dengan entry lama yang mana link entry tu korang singkatkan dulu dengan perkhidmatan www.lynk.my ni.




Macam yang aku cakap tadi anggap ianya sebagai pelaburan selama 5 tahun. Cuba kira berapa hasil yang korang akan dapat dari lynk.my ni...

1 bulan = RM30
5 tahun = RM30 x 12 bulan x 5 tahun = RM1,800

Wow! RM1,800...banyak tu..kalau korang tak terdesak korang tak payah la guna duit ni. Simpan je dulu, then buat real investment plak..semua ni tak mustahil tau.

Kalau korang nak tau lynk.my ni adalah sebuah syarikat pengiklanan dari Malaysia. So, I am proud of this guy name Mr Fakhrul because he had developed this easy money making platform especially for Bloggers. Big CLAP for him!!! 

Dan kalau korang nak tau lagi, tahun 2016 ni lynk.my ni da pun agihkan duit raya sebanyak RM10 untuk setiap satu akaun yang berdaftar dengan syarikat diorang. Jumlah duit raya yang di agihkan adalah RM3800 semuanya. Selain tu, bulan lepas je, RM17K pihak lynk.my ni bayar semua Publisher yang berdaftar dan yang paling tinggi RM2.9K dibayar untuk seorang publisher. Siapa yang layak jadi publisher ni? sapa-sapa je yang ada akaun facebook, blog, twitter, dan macam-macam lagi media sosial yang boleh dijadikan sebagai platform iklan. Macam mana cara nak daftar? klik je kat SINI dan ikut prosedur then da boleh start guna URL link shortener. 

Owh, lupa bagitau kenapa pentingnya guna URL link shortener ni? URL link shortener ni penting untuk kita memendekkan satu-satu link entry blog. Contohnya dari URL yang panjang http://www.qiyasaad.com/2016/06/fesyen-baju-raya-perempuan-2016-dari.html ni kita pendekkan jadi http://lynk.my/xc6J. Mana yang nampak lagi OK? Mesti la yang lebih pendek kan..nampak lebih kemas je..

Kebaikan lynk.my ni aku da cerita..tapi macam mana plak dengan keburukan ataupun kelemahannya? Kelemahannya adalah bila orang klik link tu page asal akan dialihkan sementara ke page lynk.my untuk paparan iklan. Kadang-kadang kalau orang yang tak tahu ataupun tengah rushing or so eager to get info daripada page asal tu contohnya dari blog www.qiyasaad.com tapi bila klik je tiba-tiba pergi ke page lain. Mesti ada rasa tak best sikit kan? kalau tak nak tengok iklan tu korang boleh klik menu SKIP dekat belah atas paling kanan dekat page lynk.my tu. Tapi bagi aku lynk.my ni simple je tak la macam syarikat pengiklan atau blogger lain yang betul-betul aggressive nak dapatkan duit tu kemain banyak lagi iklan diorang letak dalam blog.  

So. macam mana? Da dapat idea macam mana cara nak jana pendapatan sampingan dari perkhidmatan URL link shortener ni?


6. Paid To Click (PTC) Program

Paid-to-click (PTC) ni bagi aku kalau orang yang betul-betul tak ada kerja je boleh buat sebab hari-hari kena tengok dan klik iklan yang sama. Tapi still boleh jana income sampingan. Kalau nak tau macam mana nak dapatkan duit dari PTC program ni korang boleh tengok kat SINI. Fahamkan dulu then baru join...

7. Online Marketing

Online marketing ni cabang dia luas termasuklah pengiklanan dekat dalam blog, facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Yang ni biasanya korang boleh relax sikit sebab kerjanya 100% dari rumah. Tapi macam mana nak dapat job-job online marketing ni? Yang ni korang kena tambah kenalan korang dan kawan dengan ramai kawan-kawan blogger yang da banyak pengalaman. Once korang da join diorang punya aktiviti, and diorang berpuas hati..secara automatik diorang akan invite korang lagi untuk bekerja satu team dengan diorang. so, yang ni komitmen kena tip-top!

OK, setakat ni je dulu untuk entry 7 cara jana pendapatan sampingan RM1,800 dari BLOG yang aku dapat kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat...

8 comments:

  1. menarik! xpenah pulak blogging dapat banyak tu

    ReplyDelete
  2. Trbaik qiya..makin lama makin beljar..qiya lagi power dri nad dah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Wahh nice sharing... tp antara rajin n tak je...huuu...klu line slow mood nak buat jd hilang huhu

    Jemput singgah blog ;) selamat menyambut ramadhan!!

    ReplyDelete
  4. Wah dengan by click ja pun boleh jana duit kan...

    ReplyDelete
  5. Good info... Dah banyak pun cara nak jana income secara online ni.. cuma rajin tak rajin je seseorang tu nak buat..

    ReplyDelete