Thursday 21 April 2016

Main Spinning Game Dan Menang Produk Milo

Milo adalah antara jenama yang cukup terkenal dan kukuh sehingga slogannya pun masih saya ingat. Minum Milo anda jadi sihat dan kuat. Setuju tak kalau saya cakap ramai kanak-kanak di luar sana pun telah menghafal slogan Milo ini sebab kebiasaan budak-budak kecil yang umurnya melebihi dua tahun akan minum Milo setiap hari untuk mengganti susu? Kalau tak percaya cuba tanya anak-anak anda adakah mereka tahu tentang slogan produk Milo ini. Jika tidak, ajarlah mereka supaya mereka menjadi modal insan yang berpengetahuan luas.

Ketika saya tiba di Bukit Tinggi Klang disebabkan ingin menghadiri kursus di Public Mutual pagi semalam (21/4/2016) saya terserempak dengan sekumpulan promoter produk Milo. Jadi tanpa segan silu saya approach mereka dan bertanya apakah yang mereka sedang lakukan. Dalam gambar di bawah ini adalah kumpulan jurujual Milo tersebut. Handsome dan comel-comel belaka. Tapi maaflah ye, saya tak ambil contact number mereka. Kad nama saya je saya bagi mereka..hehehe..

Milo, Qiya Saad

Dalam gambar di bawah ini adalah lokasi road tour mereka pada hari semalam. Lokasinya adalah di Restoran Kopitiam Bukit Tinggi Klang. Dan lokasi seterusnya masih lagi di Bukit Tinggi Klang cuma berlainan restoran. Untuk event semalam, mereka lebih fokus kepada non-muslim sebab restoran tersebut adalah restoran cina dan sememangnya tidak halal. Saya dimaklumkan oleh mereka lokasi-lokasi seterusnya adalah di kedai MAMAK. So, all Malaysian no worry you can join them as well because mamak food is considered HALAL.

Milo, Qiya Saad, Bukit Tinggi Klang

Apa yang mereka lakukan sebenarnya? Inilah yang dimaksudkan dengan strategi pemasaran ataupun dalam bahasa Inggeris MARKETING STRATERGY. Strategi pemasaran ini telah terbukti sangat penting untuk memperkenalkan dan menaikkan nama sesuatu jenama itu. Ataupun istilah lainnya adalah BRANDING. 

Berapa juta brand ada dalam dunia ini? Cuba bagitahu saya. Tak perlu seluruh dunia, dalam Malaysia saja pun sudah tak terkira berapa banyak jenama yang ada. Tapi kukuhkah jenama tersebut? Untuk menjadi terkenal perlu ada X-FACTOR. Begitu juga dengan sesuatu brand itu. Perlu ada impaknya pada pengguna.

Milo, Qiya Saad, Bukit Tinggi Klang

Kepada sesiapa sahaja yang terjumpa kempen Milo seperti ini anda boleh main SPINNING GAME dan MENANG produk Milo dengan syarat wajib beli air Milo yang dijual di restoran tersebut sambil melakukan aktiviti yang sihat dan mengabadikan kenangan bergambar bersama mereka seperti saya. 

Milo, Qiya Saad, Bukit Tinggi Klang

Kenapa saya dengan tak malunya approach mereka? Sebab ini cara saya untuk BRANDING nama dan reputasi saya sebagai Blogger ataupun aktivis sosial yang bukan sekadar wujud di alam maya ni je tapi lebih dari itu!

Sekian dan salam Jumaat.

2 comments: