Kalau dulu nak dapatkan sekeping je gambar yang cantik bukan main susah lagi. Ber jam-jam posing macam-macam gaya tapi semua hampeh. Menyakitkan hati lagi ada la. So, sekarang aku nak share cara mudah dan cepat untuk dapatkan gambar yang cantik-cantik. Tapi sebelum tu korang scroll la dulu 25 keping gambar aku ni. Ni gambar-gambar masa dekat event Beauty Blogger Meet Up 2016 anjuran Favful dan TheWriteUp pada 24hb April 2016 yang diadakan di The Canvas Damansara baru-baru ni.
Cantik kan...
So, nak tau macam mana aku boleh dapatkan gambar yang cantik banyak-banyak macam ni? Senang je..sebenarnya ni hasil dari rakaman sesi temubual aku dengan Ms Fonny iaitu Beauty Project Manager untuk event Favful ni. Caranya aku play dan pause video ni setiap saat. Then aku screen shot sampai habis video ni. Lepas tu aku pilihlah gambar-gambar yang aku rasa cantik. Senangkan? Dalam beberapa minit je aku boleh dapat 25 keping yang superb. Nak bagi orang lain tengok pun rasa confident sangat. So, korang tak payah susah-susah lagi fikir macam mana nak pose bagi gambar nampak cantik. Ikut je macam yang aku buat ni.
Gambar-gambar ni semua aku da muatkan dalam video dan video asal acah-acah temu bual retis ni pun ada. Boleh tengok kat bawah ni...:)
Sebelum terlupa Favful ini adalah sebuah applikasi mudah alih yang baru saja dilancarkan awal tahun ini. Ianya direka khas untuk wanita yang ingin tampil cantik tetapi tidak tahu produk apa yang patut digunakan dan produk jenama apa yang sesuai dengan kulit mereka. Jadi Favful ini adalah satu platform di mana ramai penasihat kecantikan (Virtual Beauty Advisor) ataupun penulis blog menulis review tentang apa-apa saja produk yang berkaitan dengan kecatikan wanita dan daripada review tersebut korang boleh menilai keberkesanan sesuatu produk itu. Untuk menggunakan applikasi Favful ini korang boleh download di Google Play Store ataupun boleh terus pergi ke laman web www.stayfavful.com ini untuk maklumat yang lebih terperinci.
Terima kasih kepada Silky Girl kerana menaja event Beauty Blogger Meet Up 2016 ini. Semoga Stay Favful and TheWriteUp terus sukses.
Thanks qiya
ReplyDeleteWc wawa..:)
DeleteMenarikk..nnti boleh try..hritu x tggu smpai abis event..ada hal pulakkk..
ReplyDeleteSaya pun balik awal..cuba la..saya da lama guna cara ni..memang dapat banyak gambar cantik-cantik..
DeleteMemang menarik... mudah nk dapatkan gambar2 waktu yg terbaik tanpa perlu kamera yg mahal dan canggih2 sgt kan... :)
ReplyDeleteBetul tu..tapi lighting kena ok la baru cantik gambar..
DeleteKemudahan yang ada banyak membantu untuk mendapatkan gambar yang menarik.
ReplyDeleteTeknologi dah canggih sangat sekarang ni Nurul Huda. Gambar-gambar ni saya cuma ambil guna Samsung J5 je. Bukan smartphone yang mahal-mahal tu pun..
Deletethanks qiya, sangat informatif
ReplyDeleteSama-sama..:)
Delete