Kunyit (Tumeric) atau nama
saintifiknya curcuma longa
Linn atau curcuma
domestica val bukan saja
digunakan sebagai rempah dalam masakan, tetapi juga digunakan untuk pelbagai
rawatan penyakit seperti buasir, kanser, tumor, gastrik dan banyak lagi. Selain
merawat penyakit, kunyit juga digunakan secara meluas dalam produk kecantikan
kulit serata dunia kerana dalam petua kecantikan turun temurun banyak
menggunakan kunyit sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan cela di wajah.
Pigmentasi
ataupun tanda-tanda penuaan yang terjadi akibat kesan radikal bebas seperti
tona kulit tidak sekata, kulit berminyak, bintik hitam dan bintik putih
kelihatan jelas diwajah, jerawat dan sebagainya dapat dirawat menggunakan
kunyit. Kunyit ini boleh dicampur dalam pelbagai masakan, dikisar untuk
dijadikan sebagai jus, ataupun dimakan mentah bagi mengoptimumkan penggunaannya
agar kesannya nampak setara dengan penggunaan kostemik yang bermutu tinggi pada
kadar kos yang lebih murah malah selamat digunakan.
Selain
itu, kunyit juga digunakan sebagai herba bagi kaum wanita untuk kecantikan dan
sumber tenaga dalaman. Kebiasaanya kunyit banyak digunakan untuk wanita ketika
dalam pantang. Rahim ibu yang mengembang ketika mengandung memerlukan rawatan
agar kembali pulih seperti sediakala. Kunyit dipercayai dapat membantu
mengecutkan rahim wanita setelah proses melahirkan bayi, membuang angin, melansingkan badan, dan menambahkan susu ibu.
Khasiat
dan manfaat kunyit sebenarnya terhasil daripada kandungan nutrien kurkumin yang
terdapat dalam kunyit tersebut. Selain curcumin,
kunyit juga mengandungi zat besi, vitamin B6, dan kalium iaitu mineral
semulajadi yang sangat baik untuk diet yang seimbang. Walau bagaimanapun,
kunyit serbuk yang terdapat dipasaran dikatakan telah dicampur dengan pewarna tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, tukarkan kunyit serbuk kepada kunyit hidup dalam setiap masakan setiap hari untuk kekal sihat sepanjang masa.
![]() |
Gambar: Google |
Khasiat
kunyit
1. Masyarakat Melayu guna kunyit
sebagai jamu bagi ibu yang selepas bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim
dan mencuci darah. Kunyit di ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu
kunyit.
2. Kunyit juga terkenal
untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga
membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam
keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
3. Kunyit juga dipercayai
dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam
perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari
dalam badan.
4. Bagi masyarakat Cina pula
percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam
dan darah beku.
5. Di India dalam perubatan
ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka,
kesan terbakar dan juga kesan lebam.
6. Di Thailand kunyit
digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.
7. Kunyit mempunyai
antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid
(carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin
dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu
mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’
menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.
8. Kunyit juga
membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada
melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).
9. Kunyit yang
disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.
10. Kunyit yang dicampurkan air boleh
digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.
Petua
pengambilan kunyit.
1. Gunakan kunyit hidup dalam masakan harian
2. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari; kupaskan kulitnya dan
dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan
airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh
lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Mencegah kulit daripada cepat berkedut: Parut
sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya. Parut dua ketul isi
kunyit dan seketul lempoyang. Masukan setengah cawan air hingga sebati. Tapis
dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama
tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga
mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan: Tumbuk beberapa ketul
kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya
tiga kali seminggu.
Daun Kunyit: Sekiranya diserang pening
atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air.
Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.
Sebagai Tanaman disekeliling rumah
Kunyit
amat sesuai ditanam di rumah. Di Malaysia kunyit banyak diimport dari luar
negara. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia.
Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana kemungkinan telah dicampur
dengan pewarna kuning Tetrazine yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit
hidup.
elok untuk kita orang perempuan
ReplyDeleteYe. Betul tu Azura Rahman..:)
Delete