Waktu berpantang adalah waktu yang paling mencabar buat wanita tak kira berpantang selepas bersalin ataupun berpantang selepas keguguran.
Dalam tempoh berpantang sama ada 44 hari, 60 hari, ataupun 100 hari ini banyak pantang larang dan amalan-amalan tradisional yang harus dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin bagi memulihkan kesihatan dalaman.Maklum saja lah ketika proses bersalin sepenuh tenaga telah digunakan dan bahagian dalaman dan urat-urat wanita menjadi cedera.
Antara amalan-amalan tradisional yang masih diamalkan oleh ibu-ibu moden masa kini selain menjaga makan iaitu makan makanan yang tidak berminyak dan tidak sejuk wanita berpantang juga perlu berurut, bertungku, berbengkong, mandi air daun-daun herba seperti daun serai wangi, daun kunyit, daun beluntas, daun pandan, dan sebagainya untuk melancarkan peredaran darah. Selain itu, wanita berpantang selepas bersalin juga perlu bertangas, mandi wap, dan banyak lagi.
Untuk memulihkan kembali kesihatan dalaman wanita, daun pegaga adalah ulam yang sangat berkhasiat untuk wanita yang sedang berpantang.
Antara khasiat-khasiatnya adalah seperti di bawah ini.
-Mengecutkan peranakan
-Menganjalkan kulit (awet muda)
-Mempercepatkan proses penyembuhan luka
-Melancarkan pengeluaran susu badan
-Boleh membangkitkan selera makan
-Membantu mengurangkan berat badan
-Melancarkan peredaran darah
-Melancarkan pengeluaran darah nifas
-Menambahkan kekuatan fizikal
-Menyegarkan tubuh badan
p/s: kepada ibu yang sedang berpantang janganlah rasa amalan-amalan tradisional semasa berpantang tu menyusahkan dan ketinggalan zaman sebaliknya fikirkan untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang dan juga untuk kecantikan luaran dan dalaman agar usia kita bukan lagi rahsia kerana dirimu berharga..
Selain tu, bila da penat-penat bersalin mesti nak anak kita cerdik, nak anak pandai, nak anak bijak, nak anak dengar cakap orang tua, nak anak cemerlang dunia akhirat. Kalau kita nak anak kita cemerlang, anak pandai mengaji, anak pandai baca ABC walaupun umur baru dua tahun kita kena la didik. Melentur buluh biar dari rebung. Dan kalau nak didik anak kita mesti ada ilmu.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Sumber: ummisfamily
Belum berpengalaman berpantang...tapi memang PC suka makan daun pegaga ni...makan dengan sambal..
ReplyDelete