Friday 11 March 2016

Header Blog Baru Design by Khamsi Abdullah

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera...

Dah lama nak tukar header blog ni sebenarnya. Kononnya nak design sendiri la. Tapi tak lepas-lepas bila nak download Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator tu...

Senang cerita memang tak reti kalau benda-benda teknikal ni..pada hal masa form four sampai form five ambil subjek teknologi maklumat (IT) tapi hasilnya gini..adoiiii...teruk betul kan..

Tak apa la..lupakan la cerita zaman cinta monyet tu..my heart will go on..hehe..

OK..kita sambung balik cerita pasal header blog baru saya yang comel macam tuannya ni..kah kah kah kah..

comel la sangat..dulu ada orang cakap muka saya macam Julia Hana yang berlakon dengan Farid Kamil dalam cerita Rempit tu..comel la kalau gitu kan..hahaha..

OK ok..cukup la merepek sikit-sikit nanti korang bengang plak baca entry ni tak habis-habis kalau best macam cerita Cinta Si Wedding Planner tu tak apa la juga kan..dah la pelakon dia si Mira Filzah tu comel..berlakon plak dengan si jejaka kacak Adi Putra tu..memang terbaik la..hehe..

Sebenarnya saya nak cerita pasal banner je tapi sebab terlebih makan biskut hup seng cicah plak dengan air milo 3 in 1 tu yang melalut panjang berjela ni..

Banner ni hadiah dari Khamsi Abdullah sebab saya menang Giveaway yang beliau anjurkan baru-baru ni. Cantik kan?


So, kalau ada yang berminat nak dapatkan khidmat design header ataupun apa-apa logo sila la tanya saudara Khamsi Abdullah ni ye...

Terima kasih la ye kalau korang baca entry ni sampai habis. penat ke baca blog saya ni?saya pun penat menulis sebenarnya..hehe..ok la sekarang nak layan PTC Clixsense plak. Sambil online sambil kumpul duit...bye bob..

1 comment: