Saturday, 14 November 2020

Cara tanam sayur taugeh kacang hijau

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hai uolls, lama da nak menulis tentang cara tanam sayur taugeh kacang hijau ni tapi banyak sangat halangannya, dan baru hari ni berkesempatan nak menulis.



Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Taugeh ni ada dua jenis, satu diperbuat daripada biji kacang hijau dan satu lagi menggunakan biji kacang soya. Tapi bagi qiya rasa taugeh kacang hijau lebih sedap berbanding taugeh kacang soya.


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Cara untuk tanam taugeh ni mudah sangat; antara bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan adalah biji kacang hijau, besen, penapis, tuala good morning, dan tong hitam (qiya guna periuk kukus je)

Langkah 1: Rendam biji kacang hijau selama 8 jam



Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Langkah 2: Alaskan periuk kukus/penapis menggunakan tuala good morning



Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Langkah 3: Taburkan biji kacang hijau yang telah direndam keatas tuala. 


Kemudian tutup biji kacang hijau dengan tuala dan tabur lagi biji kacang hijau tersebut, seterusnya lapiskan tuala dibahagian paling atas, maksudnya ada 2 lapisan biji kacang hijau tadi.


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Langkah 4: Siram taugeh 4-5 kali sehari.


Lepas siram buang air yang bertakung dilapisan bawah takungan. 


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Langkah 5: Tutup taugeh dan simpan ditempat gelap.





Taugeh kalau terkena cahaya dia akan jadi warna merah. So, simpan ditempat yang betul-betul gelap untuk dapatkan hasil taugeh yang cantik.


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Langkah 6: Tuai taugeh pada hari ke-3


Hari ke-3 da boleh tuai sayur taugeh ni. Pastikan pucuk taugeh berwarna kuning, kalau warna hijau bila makan nanti akan rasa pahit.


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Ni hasil qiya tanam sayur taugeh tahun lepas (2019). Masa ni memang rajin menanam, paling menjadi cendawan tiram kelabu tapi qiya tak dapat nak tanam secara serius sebab sibuk dengan urusan lain.

Antara menu yang sempat dimasak adalah sayur taugeh goreng dan cekodok. Memang syok je makan sayur fresh tanam sendiri ni tau.


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Cara tanam sayur taugeh, tauge kacang hijau,


Selamat mencuba ye uolls! 

0 comments:

Post a Comment