Saturday 30 July 2016

Cara Orang Cina Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu amalan tradisi yang perlu dipatuhi untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin. Tempoh berpantang pula berbeza. Ada yang berpantang 44 hari, 60 hari, dan 100 hari. Jika masyarakat Melayu berurut selepas bersalin, masyarakat Cina juga mempraktikkan amalan yang sama. Tetapi ada beberapa perkara yang membezakan cara masyarakat Cina di Malaysia ini berpantang.

Amalan-amalan tradisi seperti berurut, bertungku, bertangas, mandi air herba, dan berlulur adalah sinonim dengan kaum Melayu. Ibu yang diurut oleh bidan bersalin dipercayai dapat membantu keadaan urat yang kembang dan cedera kembali pulih. Keadaan ibu yang baru lepas bersalin adalah sangat lemah kerana seluruh tenaganya digunakan untuk proses meneran bayi dalam kandungan ketika bersalin.

Amalan berurut ini biasanya akan dilakukan selama 3 hari dan 7 hari. Ketika proses berurut seluruh badan akan diurut oleh bidan bersalin dan ketika ini bahagian peranakan yang perlu diberi perhatian. Peranakan atau rahim wanita yang mengembang dan jatuh perlu diperbetulkan iaitu ianya perlu ditolak perlahan-lahan oleh bidan urut supaya ianya kembali ke kedudukan asal. Jika tak diberi perhatian wanita akan mudah mengalami prolaps ataupun dipanggil tombong. Tombong ini adalah pangkal rahim atau peranakan yang terkeluar dari kemaluan wanita. Sebab itu lah pentingnya amalan berurut bagi perempuan yang baru lepas bersalin ini.

Ketika dalam proses berurut, bertungku juga akan dilakukan bertujuan untuk mengecutkan semula urat yang bengkak, membuang angin, dan juga melancarkan peredaran darah. Tapak kaki, peha, betis, punggung, pinggang, bahagian peranakan, dan belakang badan akan ditungku menggunakan batu sungai yang sederhana saiznya.

Wanita Melayu biasanya berpantang akan ditemani oleh ibu, ibu mertua, atau saudara mara selama tempoh berpantang atau beberapa hari. Segalanya akan diuruskan oleh mereka bagi meringankan beban si ibu yang baru lepas bersalin. Tetapi lain pula dengan wanita yang berbangsa Cina. Biasanya ketika dalam tempoh berpantang mereka akan mengupah orang gaji untuk menguruskan hal rumahtangga. Bayi mereka juga kebiasaannya akan tidur bersama pembantu mereka. Mereka hanya akan berehat tanpa melalukan apa-apa kerja termasuklah menjaga bayi semata-mata untuk kembali sihat. Kos upah orang gaji pula adalah sekitar RM5000 sepanjang tempoh berpantang.

5 comments:

  1. apa yg iols tahu selalunya kaum cina ni berpantang dekat maternity homes..semua kat sana diorg buatkan..kita just relax je..best kan

    ReplyDelete
  2. bagus info yg dikongsikan ni.. ooo ok dh nmpk dah gambaran cmner nnti masa berpantang..

    ReplyDelete
  3. Rindu waktu maternity..tp selalu gelat gak hehehe

    ReplyDelete
  4. If berminat spa kami ade semua servis perkhidmatan pantang...

    ReplyDelete