Tapi situasi ini terjadi biasanya dikawasan bandar dimana ramai graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik yang dimiliki.
Berbalik pada tajuk entry saya kali ini iaitu bekerja sambil belajar, desakan hidup atau pilihan cara hidup untuk lebih kepuasan?
Bagi pendapat saya,zaman sekarang ini memang ramai student yang bekerja secara part time ataupun belajar secara part time demi untuk menggenggang segulung ijazah dan secara tak langsung untuk meneruskan kehidupan tanpa membebankan keluarga.
Bagi keluarga yang kurang berkemampuan mungkin mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk berkerja sambil belajar,tapi bagi yang berkemampuan itu kadang-kadang lain pula ceritanya.Ada juga juga yang berkemampuan tapi lebih memilih untuk berdikari demi kepuasan sendiri.
Kepuasan sendiri itu bermaksud kita akan hargai duit yang kita belanjakan hasil dari titik peluh sendiri berbanding duit yang datangnya dari pinjaman,biasiswa,ataupun yang diberi keluarga tiap-tiap bulan.
Tapi sebenarnya banyak lagi kepuasan yang kita akan perolehi jika lagi banyak masa yang kita manfaatkan dan lagi mudahlah untuk kita bentuk diri kita untuk menjadi seseorang yang lebih berjaya khususnya dalam pelajaran dan amnya dalam kehidupan seharian.
0 comments:
Post a Comment