Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk Malaysia dan negara-negara rumpun Melayu yang membaca blog saya ni secara sengaja ataupun tak..terima kasih saya ucapkan sebab sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni..maklumlah baru je menceburkan diri dalam dunia blogger ni kan..so, banyak lagi yang perlu saya belajar untuk meningkatkan prestasi blog ni terutamanya dari segi kualiti penulisan dan mesej yang saya nak sampaikan..saya cuba menulis entry yang ringkas tetapi sarat dengan info supaya matlamat blog saya ni jelas disamping itu juga dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ni.
Untuk entry kali ni, saya tulis khas sempena hari ibu sedunia yang jatuh pada hari ni (10 Mei 2014). Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari buat ibu-ibu di luar sana tu..saya yakin ramai pembaca blog ataupun blogger-blogger masa sekarang ni adalah seorang ibu dan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kenapa saya terlampau yakin? Saya yakin sebab suri rumah sepenuh masa mempunyai banyak masa terluang dan ramai yang menggunakan masa yang tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.
Menjadi penulis blog ni sebenarnya bukanlah mudah, tak semua orang diberi anugerah untuk menulis secara berterusan. Ramai yang bosan dan kering idea sebenarnya, tapi jika kita fikirkan sesuatu isu tu dari pelbagai segi insyaallah kita akan dapat kembangkan idea tu dengan lebih baik.
Sempena hari ibu sedunia hari ni saya ingin berkongsi lagu yang dalam video kat atas tu. Tajuk lagu tu adalah 'Ummi' nyanyian Dato' Shake. Sejak pertama kali mendengar lagu ni saya terus meminati lagu ni kerana setiap bait lirik lagu ni membawa maksud yang mendalam dan setiap kali mendengar lagu ni hati saya akan tersentuh dan teringat pada emak kat kampung. Kalau diberi kesempatan ingin sekali rasanya untuk membahagiakan hati orang tua yang telah banyak berjasa dan bersusah payah membesarkan dan berkorban jiwa dan raga demi masa depan anak-anak. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu dari mula bergelar isteri seterusnya mengandungkan anak-anak selama 9 bulan 10 hari dan akhirnya melahirkan dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran.
Untuk saat ini hanya doa yang mampu saya kirimkan buat emak tercinta, semoga emak sentiasa sihat dan bahagia walaupun masih ada beban yang terpaksa emak galas disebabkan kesilapan saya dulu. Emak, ampunkan saya kerana melukai hati emak dan ayah suatu masa dulu. Saya berjanji akan menjadi anak yang baik dan kalau diizinkan Allah ingin sekali saya membuat emak dan ayah bahagia suatu masa nanti. Walaupun saya jauh tetapi saya tetap akan cuba berusaha sedaya upaya untuk jaga maruah diri dan juga maruah keluarga.
Lirik Lagu Umi - Dato' Shake
Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia
Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita
( korus 1 )
Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira
Umi... ku petik bintang bintang
Menyinar... cahaya hidup mu
Umi... dekatlah wajahku
Yang selalu rindu
( korus 2 )
Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...
Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia
Umi... Umi cinta padamu ( 3X)
0 comments:
Post a Comment