Sunday, 3 November 2013

Salam Maal Hijrah..

Assalamualaikum..




1 Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah..

Ingat lagi tak lirik ni? saya percaya ramai yang masih mengingati bait-bait senikata yang sangat indah ni kan..walaupun hanya 1 tahun sekali kita menyambut Awal Muharram tapi sebagai umat Islam kita harus menghayati detik-detik penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan Umat Islam dari Mekah ke Madinah...

Masa kecik-kecik dulu selalu tunggu depan TV sebab nak dengar lagu nasyid 1 Muharram ni..maklumlah masa tu kan semua kemudahan masih terhad lagi..jangan cakap Internet komputer pun tak ada lagi..Sekarang untung sangat, sebab semua kemudahan tersedia depan mata..kita cuma perlu pilih je, nak yang elok ataupun yang tak elok..tu contoh je ye..bukan suruh buat benda tak elok..semuanya bergantung pada niat masing-masing..

Tadi masa saya search kat Youtube terjumpa 1 video kisah Nabi Muhammad S.A.W sempena peristiwa Maal Hijrah..Cerita dia sama macam kisah-kisah nabi yang kita pernah dengar kat sekolah dulu..sama-samalah kita menghayati Sirah Nabi ni..semoga Awal Muharram kali ni menjadi titik tolak untuk kita semua sama-sama berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik..amin..


0 comments:

Post a Comment