Monday, 20 September 2021
Monday, 6 September 2021
belajar menjahit, boxy case, cosmetic case, hasil menjahit, Jahit bekas pensel, make-up case, pencil case sewing, Qiya Saad Exclusive, Qiya Saad Tailor
Hasil Menjahit - Mini Boxy Case
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar uolls?
Lama sangat da qiya tak update blog ni, busy je memanjang. Tapi alhamdulillah syukur sangat sebab hari ni tiba-tiba rasa nak update hasil jahitan qiya.
Pagi tadi qiya jahit boxy pencil case tapi bersaiz mini, sesuai letak barang-barang make-up yang basic je, sebab boxy case ni kecik je, comel gitu..
Qiya belanja uolls gambar-gambar je ye.. da lama tak menulis ni rasa macam tak ada idea pulak. Taip ikut suka nanti jauh pulak merepeknya hehe.. memandangkan kes covid pun belum reda jadi kalau boleh lebih baik kita kurangkan bercakap/menulis benda yang tak perlu sebab kita tak tau bila giliran kita, mungkin hari ini, atau mungkin hari esok, jadi lebih baik kita sentiasa buat benda baik-baik, bersangka baik, dan buat sesuatu perkara yg Allah suka dan jangan cari kemurkaan Allah. Betul tak?
Ok, uolls tengok-tengok la boxy mini case ni ye.
![]() |
| Luar corak dinosaur, dalam corak bintang |
![]() |
| Mini boxy case |
![]() |
| Gift Box |
Macam mana, ok tak?
Kalau uolls nak tengok hasil jahitan qiya yang lain-lain uolls boleh tengok kat IG @qiyasaadtailor ataupun @qiyasaad_exclusive
Kalau ada sebarang pertanyaan uolls boleh wasap qiya ke talian 012-2668424 atau 011-58768099.
Sekian dulu untuk posting ni, inshaallah ada masa qiya update next posting ye. Bye..
Sunday, 21 February 2021
menjahit pakaian baju fesyen wanita Muslimah, niqab, Purdah basic, Qiya Saad Exclusive, Qiya Saad Tailor, Roqeeyascarf, shawl plain dan printed, tailor klang selangor, tempahan menjahit
Tempahan Menjahit Purdah @ Niqab Basic - QIYASAAD TAILOR
Sejak pandemic Covid-19 ni melanda, pemakaian topeng muka adalah satu kewajipan bila kita berada di tempat awam. Bagi wanita yang gemar berfesyen boleh double Purdah basic seperti ini untuk cover mask di dalam.
Terdapat 2 jenis Purdah basic dari koleksi QIYASAAD EXCLUSIVE, iaitu plain dan printed Purdah basic. Ianya dijahit menggunakan kain jenis heavy chiffon bagi Purdah kosong dan premium chiffon bagi Purdah bercorak.
Untuk tempahan menjahit Purdah basic ini sila wasap ke 011-58768099 atau 012-2668424
Kalau nak buat pencarian hasil jahitan QIYASAAD TAILOR uolls boleh type hashtag-hashtag seperti berikut:
#qiyasaad
#qiyasaadtailor
#qiyasaadexclusive
#jahitbyqiya
#purdah
#purdahbasic
#niqab
#jahitpurdah
Sunday, 14 February 2021
Baju Cardigan wanita, belajar menjahit, fashion design, fesyen terkini, industri fesyen Malaysia, outer wear, qiya Saad tailor exclusive, tailor klang selangor, tempahan Menjahit baju Raya, tukang jahit
Jahit Baju Cardigan Paling Simple - QIYASAAD TAILOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai uolls!
Qiya dari zaman diploma lagi memang suka sangat pakai baju cardigan. Baju jenis outer ni memang mudah digayakan. Nak pakai t-shirt kat dalam pun boleh, atau nak pakai baju fesyen seperti dress singkat pun boleh.
Senang cerita mudah nak mix and match lagi-lagi bagi mereka yang nak cepat dan tak ada masa termenung lama-lama depan wardrobe semata-mata duk fikir nak pakai baju apa.
Macam mengata diri sendiri je ni hehe.. tapi memang perangai qiya macam ni, lately.. sebelum-sebelum ni ok je sebab dulu dulu tu kurus lagi, sekarang ni da makin comel that's why qiya jahitkan outer baju cardigan ni untuk diri sendiri.
Kira as reward la ni kan, nak jugak hadiahkan diri sendiri sesuatu disebabkan usaha keras siang malam menjahit bengkung tradisional lilit jawa dan bengkung 8 tali tu ecececeh..
Cardigan yang qiya jahit ni adalah design yang paling simple. Material dari fabrik cotton mix plain je, tak ada apa-apa hiasan atau butang ke apa. Cardigan kosong je, mudah nak sesuaikan dengan macam-macam jenis baju inner.
Kalau nak tengok koleksi jahitan qiya uolls boleh ke akaun sosial media berikut;
Instagram:
@qiyasaadtailor
@qiyasaad_exclusive
FB Page: Qiya Saad Tailor
Youtube Channel: Qiya Saad Tailor
Hashtags:
#qiyasaad
#qiyasaadtailor
#qiyasaadexclusive
#jahitbyqiya
Untuk tempahan menjahit baju sila wasap ke nombor +6011-58768099 atau +6012-2668424
Terima kasih kerana singgah di blog qiya ni, jangan lupa follow blog ni untuk dapatkan update terbaru dari qiya ye.



















































