Wednesday, 13 January 2016

Hadiah Amy Hilmirda Giveaway 2015 da sampai. Thank you yunk!

Assalamualaikum..

Hai semua..Hadiah Amy Hilmirda Giveaway 2015 da sampai hari ni. Excited sangat ni, sebab first time dapat hadiah GA tau. Sebelum ni memang tak rajin join GA bagai ni. Sekarang rasa macam nak join GA je sepanjang tahun ni. Kalau ada hadiah tiket motoGP kan best, teringin sangat nak jumpa Rossi nak peluk cium (hahahaha) tapi tak nak lah beli tiket mahal-mahal tu..tak mampu mak..hakhakhak...

Qiya, Saad, amy, hilmirda, giveaway, GA, contest, menang
Hadiah Amy Hilmirda Giveaway 2015 (Herbal Plus)

Terima kasih diucapkan kepada Amy Hilmirda. Semoga success yunk!

Continue Reading

Pesanan Hassan Al Basri kepada anak-anaknya sebelum meninggal dunia

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.



Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

Moral of the story:-

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad saw, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Continue Reading

Tuesday, 12 January 2016

Mission completed for this semester: Oh My FYPII!

Assalamualaikum...

Baru seminggu saya dapat tarik nafas lega sebab benda yang menghuru-harakan hidup saya selama setahun lebih ni berjaya diselesaikan dengan sempurna. Alhamdulillah. Makanya berlabuhlah tirai semester ni bila thesis dah complete dan exam pun dah habis. Last paper pada 5hb Januari 2015. Yeay, MERDEKA! hehehe...


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
CD1 dan CD2 untuk diserahkan kepada Fakulti dan SV


Macam-macam cabaran yang saya tempuhi bersama partner Final Year Project (FYP) saya iaitu Muhammad Yusra selama proses menyempurnakan thesis ni. Dari mula lagi betapa kelam-kabutnya kitorang bila FYP Coordinator merangkap Supervisor (SV) iaitu Dr. Anizahyati binti Alisibramulisi bagi tajuk kat kitorang. Banyak kali juga tukar tajuk sebenarnya disebabkan masalah teknikal yang tak boleh dielakkan. Tajuk first adalah Investigation of Tensile Test Properties (High Yield Steel) by using Digital Image Correlation (DIC) Technique untuk selesaikan FYPI. Tapi selepas itu tajuknya ditukar kepada Evaluation of Tensile Test Strength (Mild Steel) by using Particle Swarm Optimization (PSO) Technique. Jauh beza tajuk dia kan? Tu yang buat kitorang jadi huru-hara sangat tu dengan material kena cari sendiri. 

Habis semua tempat saya terjah termasuklah SIRIM Shah Alam. Tapi alhamdulillah staff SIRIM tu memang supporting sangat, buat je appointment dengan dia lepas tu just pergi collect steel plate tu kat SIRIM. Tapi malangnya material tu tak boleh digunakn sebab gred dia lain dengan apa yang kitorang perlukan. Tapi saya still berterima kasih kepada pihak SIRIM Shah Alam sebab berusaha untuk bantu kitorang ni.


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Final Year Project (FYP) bounce

Banyak proses sebenarnya untuk siapkan thesis ni. Bukan setakat tulis report dengan buat presentation je, tapi kena survive sendiri dan tak boleh hanya mengharapkan idea dari SV je. Kitorang banyak habiskan masa kat makmal untuk running Tensile Test iaitu ujian regangan untuk dapatkan Strain dengan Stress besi tu. Strain tu adalah nisbah perubahan pemanjangan, Î”L (besi) kepada panjang asal, L besi tu manakala Stress pula adalah daya, F yang dikenakan terhadap luas permukaan, A. Kalau ikut formula matematik pula adalah Strain, Îµ = Î”L/L dan Stress, Ïƒ = F/A.  Strain dengan Stress ni adalah properties yang penting untuk tentukan kekuatan sesuatu bahan tu. Semua ni ada hubung kait dengan bangunan yang dibina tu kukuh atau tak. Kenapa kitorang buat kajian pasal kekuatan besi? kenapa tak buat ujian kekuatan kayu ke..sebenarnya penggunaan besi sangat penting sekarang ni sebab boleh kata semua bangunan yang dibina mesti menggunakan besi sebagai struktur asas bangunan. Selain tu, kenderaan, mesin-mesin, dan perkakas rumah pun banyak menggunakan besi. Sebab tu kajian dan teknologi yang tepat dan cepat sangat-sangat diperlukan pada masa kini. 

Seterusnya saya nak belanja gambar-gambar preparation sampai siap thesis kitorang ni untuk rujukan adik-adik student Engineering semua. Terima kasih kerana membaca.

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student, auto CAD, drawing, drafter
Dog bone shape drawing


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Proses mengukur

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Besi yang telah dipotong guna Hand Shear Machine


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Dog bone shape sedia untuk diuji mengunakan Universal Testing Machine (UTM)

qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Besi diapit oleh jig UTM



qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Tensile test tengah running


qiya, saad, uitm, kejuruteraan, awam, blogger, malaysia, student
Particle Swarm Optimization (PSO) banner

p/s: Entry ni berbentuk teknikal. Sesuai untuk rujukan pelajar Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal sahaja.
Continue Reading

Sunday, 10 January 2016

Saturday, 9 January 2016

Friday, 8 January 2016

Hari #1: Misi 12 Hari untuk dapatkan LIKE Sesi Pemilihan 25 Peserta bagi Pertandingan Pencarian Duta Produk 3BSkin Malaysia 2016 (8-20 Januari 2016)

Assalamualaikum...

Hai semua, selamat pagi...



qiya, saad, pencarian, duta, produk, baru, 3Bskin, malaysia, 2016, blogger, event, ambassador, xbrand, miss, malaysia, kebaya, mmk, jason, hee, jee, pin, testimoni, penulis, blog
Testimoni produk 3BSkin, Qiya

Seramai 100 blogger yang hebat-hebat dan dikenali ramai turut menyertai pertandingan ni. Terasa juga diri ni kerdil sangat sebab tak ada pengalaman macam ni seumur hidup dan masih baru bertatih dalam dunia penulisan blog ni.

Cabarannya bermula ketika lebih 200 blogger menyertai sesi pemilihan yang pertama sehingga Disember 2015 lalu. Selama berbulan-bulan pihak penganjur program Pencarian Duta 3BSkin Malaysia 2016, Mr. Jason Hee Jee Pin (pengasas Miss Malaysia Kebaya, MMK ) bertungkus-lumus menapis kesemua peserta dan hanya memilih 100 peserta saja untuk ke peringkat seterusnya. Sampel produk telah dihantar kepada semua peserta untuk dicuba dan kami semua perlu menghantar maklum balas iaitu produk testimoni akhir Disember 2015 yang lalu. 

Dan bermula semalam (8hb Januari 2016) semua peserta perlu mendapatkan sebanyak-banyak LIKE yang boleh sehingga 20hb Januari 2016 ini untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Untuk peringkat seterusnya pula hanya 25 PESERTA saja yang akan di pilih untuk menghadiri sesi sidang media (Press Conference) yang akan berlansung pada January 2016 ini juga. 

Terdapat beberapa ciri-ciri pemilihan Pencarian Duta 3BSkin Malaysia 2016 ini. Semua peserta akan dinilai melalui empat (4) kriteria:-

1. Most Likes (paling banyak LIKE di Facebook 3BSkin Page )
2. Best Selfie (Selfie terbaik)
3. Best Testimonial (Testimoni terbaik)
4. Best Video (Video terbaik bagi peserta yang menghantar vidoe testimoni produk)

Jadi, disini saya ingin mendapatkan sokongan ikhlas yang berbentuk LIKE dari rakan-rakan blogger yang dikasihi sekalian. Sila LIKE SINI ye.

Harapan saya adalah program Pencarian Duta Produk 3BSkin Malaysia 2016 ini akan menjadi satu platform untuk saya mencipta ruang dan peluang demi memajukan diri dalam industri Blogger tanah air ini. Sekian, terima kasih.

Continue Reading

Review Restoran FizoMawar Kitchen oleh Blogger Kisah Emas Putih

Assalamualaikum.

Hari ni ramai blogger yang update status di laman sosial berkaitan Restoran FizoMawar Kitchen yang telah di kritik oleh penulis blog Kisah Emas Putih atau lebih mesra dipanggil Uzu. Kritikan tersebut pula mendapat respon daripada pemilik Restoran FizoMawar Kitchen, Fizo Omar iaitu seorang artis terkenal tanah air dan juga seorang graduan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

fizo, omar, mawar, restoran, fizomawar, bangi, qiya, saad, emas, putih, blogger
Fizo Omar dan isteri, Mawar.

Tadi saya berkesempatan juga untuk baca entry dari blog Kisah Emas Putih berkaitan kritikan tu, bagi saya itu adalah pendapat peribadinya dan pihak Restoran FizoMawar Kitchen perlu bersikap lebih terbuka kerana setiap teguran tu boleh memberi impak yang sangat besar sebenarnya bergantung pada penerimaan pihak yang dikritik itu. Secara peribadi, saya masih ada keinginan untuk mencuba menu yang baru diperkenalkan oleh restoran Fizo Omar ni walaupun dikritik hebat. Perlu diingat, setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza. Mungkin giliran saya nanti servisnya lebih baik dan keadaan yang kurang memuaskan tu dibaik pulih sepenuhnya oleh pihak Restoran FizoMawar Kitchen ni.


kisah, emas, putih, restoran, fizomawar, kitchen, bangi, qiya, saad
Siti Aminah, penulis blog Kisah Emas Putih.

 
Sebagai nasihat, janganlah kerana sedikit perselisihan faham kita terus menuding jari dan mencari silap orang lain. Sepatutnya kita perlu perbetulkan keadaan ni. Anyway, selamat maju jaya untuk Restoran FizoMawar Kitchen dan juga Siti Aminah, penulis blog Kisah Emas Putih.
Continue Reading