Saturday, 31 August 2013

Siapa Pernah Lukis Gambar Fido Dido?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Korang ingat lagi tak karton Fido Dido ni? Entah kenapa tiba-tiba saya teringat lukisan karton ni..Masa kecik-kecik dulu air dalam botol kaca macam dalam video kat atas tu famous kat warung kopi dan kedai-kedai makan yang berdekatan dengan kawasan rumah saya..sekarang dah tak ada lagi kan..pastu tutup dia buat main dam aji ataupun main jentik-jentik..tah apa tah nama permainan tu saya pun tak tau.. :)

Sebab selalu nampak gambar karton ni, saya pun selalu la lukis gambar orang lidi ni..Motif nya? saja-saja..hehe..Korang pun mesti pernah lukis gambar fido dido ni masa zaman kanak-kanak riang dulu kan..?
Continue Reading

Manusia dan Perasaan Dengki..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang manusia dan perasaan dengki yang ada dalam hati masing-masing. Sebagai manusia biasa kita pasti tidak akan terlepas dari rasa tersinggung dan kecil hati bila kata-kata kesat dan sindiran sengaja ditujukan untuk kita. Kata-kata tu mungkin tak disengajakan, tapi sebagai manusia yang dianugerahkan akal yang sempurna oleh Allah S.W.T, cubalah kita berfikir sejenak bila nak bercakap sesuatu perkara tu tambah-tambah di khalayak ramai. Cuba renungkan kembali, adakah kata-kata tu sesuai diucapkan, dan kenapa perlu dibicarakan? Adakah ianya membawa kebaikan?

Dulu masa kecik-kecik mak saya selalu cakap Nabi Muhammad S.A.W berpesan dalam satu hadis yang lebih kurang maksudnya begini, 'diam lebih baik daripada berkata-kata, jika kata-kata tersebut tidak berfaedah'.

Sebenarnya saya ada tersinggung dengan seseorang yang sangat dekat dengan saya. Walaupun darah daging tu sama, tapi bila ada rasa dengki saudara sendiri pun mesti akan jadi musuh lagi-lagi bila perkara tu ada kaitan dengan duit. Tapi tak apalah, saya maafkan semua kesalahan mereka yang pernah menyakiti hati saya sama ada secara sengaja mahupun tidak. Saya percaya, bila kita maafkan orang tentu hati kita akan rasa tenang dan gembira..


Continue Reading

Tanda-tanda Awal Kanser Payudara

kanser, payudara, penyakit, kronik, wanita, perempuan, cara cegah, tanda, awal, jangkitan

Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body Mass Index (BMI) nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:
Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

************************************************


Continue Reading

Friday, 30 August 2013

Yuna - Mermaid Song's Lyrics



There's a place I used to know
A seed I used to sow
Sometimes I want to go back
And give them all I have

Try to show some love

There's a place I need to find
And need to be there in time
Don't try to over-analyze
I'm just a girl who fighting her time

I'm so much stronger
They will need to listen to what I have to say
There's a bigger sea for a girl like me
When I come back try to show some love

When I come back try to show some love
Try to show some love

There's a place I used to know
A seed I used to sow
Sometimes I want to go back
And give them all I have

I'm so much stronger
They will need to listen to what I have to say
There's a bigger sea for a girl like me
When I come back try to show some love

When I come back try to show some love
Try to show some love

Oh they will need to listen, listen

I'm so much stronger
They will need to listen to what I have to say
There's a bigger war that I'm fighting for
When I come back try to show some love

When I come back try to show some love
Try to show some love

********************************************
2. Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar
3. Kehilangan - Firman Idol

More Mandarin Song's Lyrics
1. Dui Zhe - Richie Ren
Continue Reading

Tanggal 31 (31 Ogos 1957) - Sudirman



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

(Ulang daripada mula)

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka..merdeka..merdeka..
MERDEKA!

Continue Reading

Hayati Detik-detik 31 Ogos 1957 dan Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Setiap negara mempunyai sejarah kemerdekaan yang tersendiri, begitu dengan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilalui oleh pejuang tanah air demi membela hak penduduk tanah pertiwi. Segala jasa dan budi Perdana Menteri Malaysia pertama (ketika itu adalah Tanah Melayu) iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Antara peristiwa yang bersejarah dan perlu dihayati bersama adalah peristiwa Malayan Union (MU) ataupun Kesatuan Malaya ditubuhkan oleh pihak British dimana peranan dan keistimewaan orang Melayu telah dihapuskan. Orang Melayu membantah dan Malayan Union dibubarkan kerana tiada sambutan. 

Kontrak Sosial telah dimeterai sebagai salah satu syarat untuk mendapat status kemerdekaan pada tahun 1957. Antara isi kandungan Kontrak Sosial ini adalah terbahagi kepada dua iaitu untuk orang Melayu dan bukan Melayu. Antara syarat-syaratnya adalah, hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipersoalkan dan hak kerakyatan penduduk bukan Melayu diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli. Hak keistimewaan orang Melayu ini masih lagi dikecapi selama 56 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan.

Ketika itu British telah meletakkan syarat dimana kaum Melayu, Cina, dan India perlu bersatu padu dan setiap wakil dari setiap kaum wajib menghadiri Rundingan ke London sebagai salah satu prosedur untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Maka dengan itu, kini terbentuklah Malaysia yang berbilang kaum dimana rakyatnya hidup aman dan harmoni.


Continue Reading

Tutorial Cara Buat Blog

teknik, buat, blog, dengan, blogger

Step 1 :
Anda perlu ke laman web www.blogger.com dan sign in ke dalam akaun Google dengan menggunakan alamat emel dan kata laluan anda.

teknik, cara, buat, membina, blog, dengan, blogger
Step 2 :
Klik New Blog di halaman Blogger seperti gambar di atas.

teknik, cara, buat, membina, blog, dengan, blogger
Step 3 :
Pilih tajuk blog anda dan alamat blog seperti contoh di atas. Kemudian pilih template yang anda sukai dan klik Create Blog.

Step 4 :
Selepas anda klik Create Blog, secara automatik halaman seperti di atas akan muncul dan lihat Blog anda telah pun siap dibina.

Step 5 :
Klik view, paparan blog anda adalah seperti di atas dan anda sudah boleh mula menulis blog sekarang.

Selamat mencuba...

Sekian, terima kasih.
Continue Reading