Wednesday, 6 January 2016

9 TIPS CEMERLANG BELAJAR SAMBIL BEKERJA


Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini ada penduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujudkan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda

Sumber : FB
Continue Reading

Tuesday, 5 January 2016

Giveaway Welcome 2016

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.

Tarikh Tamat : 15 Januari 2016
Continue Reading

Sunday, 3 January 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat
Continue Reading

Resepi Sambal Mempelam Kampung Style

Assalamualaikum...

Niat hati nak tidur sebenarnya. Tapi da dekat sejam pusing kiri pusing kanan mata still tak nak lelap. So terpaksa online dulu untuk penatkan mata ni..(diulang semula..terpaksa online je ni..hehe).

Dari siang tadi lagi nak update Resepi Sambal Mempelam Kampung Style ni, tapi...banyak sangat tapi..cakap je malas sebenarnya..habis cite..hehe..

Ok, kalau nak resepi ni sila scroll lagi ye. Selamat mencuba...

Resepi Sambal Mempelam Kampung Style

Bahan-bahan:-

1) Buah mempelam
2) Cili api (saya guna lada burung)
3) Belacan
4) Garam

Cara-cara:- 

1) Tumbuk buah mempelam yang dihiris. Asingkan.
2) Tumbuk cili, belacan dan garam sekali gus.
3) Gaulkan buah mempelam yang ditumbuk tadi dengan bahan (2). Siap untuk dihidang.



Continue Reading

Friday, 1 January 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Tahun 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Bermacam pengalaman suka dan duka silih berganti sebagai pelengkap diari sepanjang tahun. Hari ini Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 membuka tirai dan sinar baru untuk tahun baru 2016 ini. Lagi bertambah usia lagi besar tanggungjawab dan harapan yang digalas untuk menempuh masa depan yang mencabar ini.

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 yang dianjurkan oleh seorang penulis blog yang berpengalaman dan dikenali ramai iaitu saudara Hasrul Hassan ini sangat sesuai untuk saya sebagai seorang blogger yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat berkaitan dunia blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau.


Dalam segmen ini saya akan bercerita secara ringkas tentang kronologi bagaimana wujudnya blog saya yang diberi nama Qiya Saad ini. Bermula tahun 2012 blog saya ini dah mula wujud tapi sekadar ada blog je dan tak ada satu entry pun yang saya tulis. Tapi sebelum buat blog ni saya pernah belajar buat website sendiri from scratch guna html kod. Nama website tu Infinity Trends yang berfungsi sebagai blogshop pakaian wanita tapi tak hosting pun sebab website tu simple sangat. Bukan setakat simple je tapi comot dan tak siap design. Gambar-gambar web page tu boleh tengok kat bawah ni. 




Untuk pengetahuan, saya ada background computer programming sebab masa form 4 sampai form 5 saya belajar aliran Science ICT. So saya tahu sikit-sikit basic programming guna Visual Basic. Biasanya Visual Basic guna untuk buat online form. Selain itu, masa study Diploma pula saya pun ada belajar computer program lagi. C++ programming. Sebab minat dapatlah A untuk subjek tu.

Nak dijadikan cerita, start 2012 saya buat blog guna Blogspot dan juga Wordpress. Tapi yang blog wordpress tu sampai sekarang ni saya tak pandai edit. So saya biarkan je blog tu. Then start 2013 saya publish entry. Ada resepi, info semasa, review tempat pelancongan, tutorial bahasa Mandarin asas Learn Mandarin Language for Beginner, dan novel bersiri. Novel bersiri yang bertajuk Yang Indah Itu Milik Kita tapi novel ni sekerat jalan je sebab sibuk dengan macam-macam hal sekarang ni. Tapi still ada niat nak continue tulis sebab saya memang minat tulis cerpen dari sekolah menengah lagi.

Dalam tempoh 2 tahun tulis blog saya cuma berkesempatan pergi 1 event je. Event tu adalah Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015. Sekarang pula saya tengah involve dalam X Brand Ambassador Search Malaysia 2016 untuk pencarian duta produk skincare baru jenama 3BSkin yang akan dilancarkan pada February 2016 ni. 

Selain itu juga saya pun involve dalam program Affiliate dan mempunyai perniagaan Barang Kemas 916 yang baru saya ceburi akhir tahun lepas. 

Dan akhir sekali adalah harapan untuk tahun 2016 ni saya sangat-sangat berharap dapat memajukan diri dalam bidang penulisan blog, success dalam bisnes barang kemas saya, dapat concentrate untuk tamatkan pengajian saya iaitu Bachelor Degree in Civil Engineering dalam masa 1 tahun lagi, dan yang paling penting happy forever. Amin...
Continue Reading