Alhamdulillah..Akhirnya catuan air akan di henti serentak mulai esok (1 Mei 2014) kata Menteri Besar Selangor dalam surat khabar Berita Harian hari ini.
Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan bekalan air di kawasan Lembah Kelang di catu mengikut jadual yg ditetapkan. Kalau dekat kawasan Shah Alam ni biasanya 2 hari ada air 2 hari tak ada air. Baru je hari Jumaat minggu lepas baca paper katanya catuan bekalan air akan diteruskan sehingga di beritahu semula. Tapi tiba-tiba baca paper hari ni katanya catuan air akan berakhir mulai esok.
Saya sebagai penduduk di kawasan yang terjejas ni memang happy sangat bila tahu masalah air ni akan selesai. Tapi macam biasa..jangan terlampau bersenang hati dan bertindak melulu ataupun bak kata pepatah Melayu 'Mendengar guruh dilangit air dalam tempayan dicurahkan.' Maksudnya kalau ada air dalam baldi tu jangan la buang cepat sangat ye..Simpan..sebab kita tak tahu sampai bila krisis air ni akan berakhir memandangkan seperti apa yg dapat kita dapat perhatikan contohnya cuaca sekarang pun tak menentu dan hujan pun sekejap-sekejap je..So, mestilah air dalam tempat tadahan hujan ataupun loji bekalan air tu masih tak cukup untuk menampung permintaan yg bertambah disebabkan peningkatan bilangan penduduk di negara kita ni.
Sampai sini je entry untuk kali ini..hopefully sikit sebanyak dapat berkongsi berita baik khasnya kepada penduduk sekitar Lembah Kelang ni..Sekian terima kasih..