Oriental Village ialah kawasan beli belah dan aktiviti keluarga di kaki Gunung Mat Chinchang — tempat yang sama di mana Muzium 3D Langkawi dan kereta kabel Langkawi dibina.
Di sini anda boleh membeli cenderamata, mendapat khidmat urutan, mengambil gambar dengan ular atau mendapatkan khidmat artis untuk melukis potret anda.
Dengan bayaran, anda juga boleh mencuba beberapa aktiviti di sini dari menaiki Segway (sejenis kenderaan unik dengan 2 roda) dan kuda hinggalah kepada menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.
Taman Rusa
Berhampiran dengan kaunter tiket Kereta Kabel Langkawi ada sebuah taman rusa kecil.
Jika anda ingin membelai dan memberi makan rusa-rusa jinak, ini adalah salah satu tempat yang boleh anda kunjungi.
Namun begitu, jika anda datang awal, anda dinasihatkan agar menaiki kereta kabel terlebih dahulu. Jika lewat, anda mungkin terpaksa beratur panjang.
Kredit: www.jomjalan.com
0 comments:
Post a Comment