Monday 26 September 2016

Moto GP Valentino Rossi Tempat Ke-3 Dalam Perlumbaan di Aragon

Moto GP. Sejak kebelakangan ni kalau ada race moto GP confirm aku tengok. Aku nak tengok Rossi je sebenarnya. Valentino Rossi ni kalau tengok fans dia je da tau macam mana populariti dia. Ramai nak mampus fans dia. Semua pakai baju kuning kehijauan plak tu.

Race baru-baru ni yang dekat litar Aragon hari Ahad lepas (25/09/2016) tu Valentino Rossi berjaya menduduki tempat ke-3 setelah ditewaskan oleh Mark Marquez dan Jorge Lorenzo. No 3 pun tak apa. Still naik podium jugak kan.


Sumber gambar


Selain berkali-kali menyandang gelaran juara Moto GP apa lagi keistimewaan Valentino Rossi ni ye?

Haaa... sebab yang pertama ni tak payah cakap pun semua orang tau. Apa dia tu? Hehehe...

Yang pertama mesti la sebab Valentino Rossi ni good looking. Handsome la senang cerita. Yang kedua, dia ni humble sangat. Semua peminat dia layan baik je. Susah la nak jumpa bintang popular yang tak sombong macam Valentino Rossi ni.

Lagi?

Nanti aku fikirkan apa lagi kelebihan Valentino Rossi ni di mata gadis Melayu.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Ehhh??? Da kenapa melalut ni... ni la namanya mood sewel da datang...hahaha...

Maklum la tidur pun tak cukup. Pukul 4 pagi da bangun pastu sampai sekarang da pukul 10.30 malam belum tidur lagi. Tu la pasalnya duk merepek je ni...kuikuikui

Ok, kita sambung lagi cerita pasal rider moto GP si Valentino Rossi ni. Kalau korang nak tau penggunaan Bahasa Inggeris Rossi ni da semakin bagus walaupun slang Itali tu still jelas kedengaran.

Keputusan Perlumbaan Moto GP di Twin Ring Motegi Japan
Continue Reading

Easy go Data & Sync cable Sista Malaysia

Sejak kebelakangan ni kadang-kadang kalau aku terlampau sibuk dan tak sempat nak delete data yang tak penting dalam smart phone aku ni mesti semua data yang penting ke yang tak penting ke semua terpaksa delete sebab nak bagi space untuk data yang lebih penting plak store dalam handphone ni.


Easy go Data & Sync cable Sista Malaysia


Ada satu malam tu aku cari USB cable powerbank aku untuk transfer data dari handphone to netbook aku. Tapi jenuh aku cari. Cari punya cari dalam kereta rupanya USB cable powerbank tu. Yang kelakarnya esok pagi tu sampai plak Easy go Data & Sync cable dari Sista Malaysia. Kalau la aku sabar sikit malam tu sementara Sista Malaysia tengah buat delivery kan dapat aku rest.

Mesti korang tertanya-tanya siapa Sista Malaysia ni kan? Sista Malaysia berasal dari Hong Kong dan mempunyai ibu pejabat di Shenzen China dan mula beroperasi di Malaysia pada 5 August 2015. Selain Easy go Data & Sync cable ni di Sista Malaysia juga terdapat powerbank, charger, bluetooth, earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan banyak lagi.

Da ada USB cable baru dari Sista Malaysia ni tak payah la aku susah-susah cabut pasang cabut pasang USB cable powerbank tu ke netbook...asyik cabut pasang cabut pasang je loose plak nanti USB cable connector tu. Huhuhu...

Easy go Data & Sync cable (untuk Micro USB & lightning) dari Sista Malaysia ni memang satu-satunya accessory handphone yang dalam top priority aku sebab banyak kerja aku sejak akhir-akhir ni adalah melibatkan transfer data atau pun gambar-gambar dari handphone aku so that data-data yang penting tu tak hilang...

Sementara tengah tunggu kelas Engineer In Society (EIS) pukul 5 petang ni mula sempat la aku tengok produk-produk atau pun eksesori-eksesori mobile phone yang terdapat dalam Facebook Sista Malaysia ni. Selain Easy go Data & Sync cable, banyak lagi accessory handphone yang aku perlukan. Tapi tak apa aku KIV dulu jela...hehehe


Easy go Data & Sync cable Sista Malaysia
Harga: RM29


Spesifikasi produk Easy go Data & Sync cable ni adalah seperti di bawah:

1. Charge & sync cable
2. Material: rubber oil "baby skin" & TPE enviromental technology
3. Length: 22cm
4. Mix color for each cable
5. Flat design and anti-twisting
6. 118pcs cooper wire, enamelled wire technology
7. 2.1A fast charge

Yang paling aku suka tentang Easy go Data & Sync cable dari Sista Malaysia ni bukan setakat boleh sync data je tapi boleh sambil charge handphone dan sambil transfer data. Jimat masa kat situ. Sebab sekarang ni aku kan tengah busy download nota study dan buat powerpoint untuk assignment dan presentation...Lama la kena guna netbook. So, alang-alang aku charge terus la handphone aku kat situ. Senang kan???

Dekat mana nak beli accessories dari Sista Malaysia ni? Senang je...korang boleh check-out dekat Facebook Sista Malaysia dan terus beli dari situ je.

Continue Reading

Monday 19 September 2016

Revolusi Make-up Asas 2016

Dah lama aku tak up entry pasal make-up kan...hari ni tiba-tiba plak datang idea nak buat comparison make-up muka sendiri...kalau kita suka buat perbandingan kita akan tau apa improvement yang kita capai dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki...ececeh...macam ayat movitasi je kan...hahahaha..

Alrite, jom kita belek-belek muka aku sat na...5 gambar terbaru ni adalah gambar hari ni, semalam, dan kelmarin. Sekarang ni aku tengah bermain dengan teknik contour dan juga highlight. Tujuannya untuk shape kan muka. Bagi nampak ada macam-macam effect contohnya cengkungkan muka, mancungkan hidung, dan macam-macam lagi. 


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Aku pun tak habis explore lagi pasal make-up ni. Biasa aku explore kat Youtube je. Lain yang diorang tunjuk, lain yang aku buat. Hahaha...peduli apa aku!


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Make-up ni boleh menampakkan kelainan kat muka kita sebenarnya. Yang tak cantik pun boleh nampak cun sangat. Tengok la gambar aku yang separuh original tanpa make-up ni. Da macam zombie pun ada aku tengok. Seram kot kalau tengok tengah-tengah malam. Muka macam tengah menagih kasih sayang je...hahaha...


Revolusi Make-up Asas 2016




Revolusi Make-up Asas 2016





Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Revolusi Make-up Asas 2016


Ni lebih kurang macam revolusi make-up asas yang aku belajar sepanjang tahun 2016 ni. Akan datang inshaallah aku akan perkemaskan lagi teknik-teknik make-up yang aku pelajari. Orang kata buat apa-apa pun mesti ada kesungguhan kan. 





Biar sesuatu yang kita buat tu nampak kecil dari sudut pandangan orang lain tapi impaknya besar pada diri kita sendiri. Dan senang cakap biar sesuatu perkara yang kita buat tu ada hasil. Tak rugi masa!

Continue Reading

Saturday 17 September 2016

Misteri Asrama Bukit Kubur

Kisah ini bermula ketika seorang senior dekat asrama aku bercerita tentang dirinya yang sering diganggu mahluk ghaib hampir setiap malam. Dari apa yang dia cerita, ketika dia sedang tidur pasti akan ada lembaga datang menindihnya sehingga sesak nafas.

Pada mulanya aku sikit pun tak mengendahkan cerita-cerita tahyul tu sebab belum pernah terjadi perkara macam tu dekat aku masa tu. Tapi selepas berlaku satu peristiwa yang mana aku dan budak-budak asrama perempuan Bukit Kubur tu diganggu oleh budak-budak lelaki dari asrama Bukit Kubur juga bermula la kisah seram dalam perjalanan hidup aku ketika umur aku 14 tahun sampai la beberapa tahun yang lepas.



Sumber



Kisahnya bermula apabila suatu malam setelah budak-budak lelaki tu mengganggu kami dengan suara-suara pelik. Aku cuba beranikan diri untuk buka tingkap dan mata aku terpana pada satu kelibat yang lengkap berpakaian serba putih menghala ke arah satu jalan lebih kurang 500 meter dari kedudukan aku.

Untuk mendapatkan kepastian aku pun panggil salah seorang rakan aku dan memang ternyata dia pun melihat kelibat tersebut. Tapi hanya dari belakang susuk tubuhnya saja dan dalam tempoh beberapa saat saja kelibat tu da hilang.

Sejak dari peristiwa tu hidup aku memang da tak tenang lagi ditambah pula dengan kisah ditindih oleh makhluk halus yang diceritakan oleh senior aku tu.

Bermacam-macam kisah seram yang aku lalui ketika itu termasuklah aku sendiri ditindih oleh makhluk ghaib yang aku sendiri pun tak pernah tahu macam mana rupanya. Selain tu, aku banyak kali terdengar bunyi cangkul yang diheret diatas permukaan semen ketika aku terjaga dari tidur tengah-tengah malam dan di awal waktu subuh.

Nama sekolah Bukit Kubur tu sebenarnya disebabkan terdapat tanah perkuburan Islam berhampiran kawasan sekolah dan asrama. Kalau tak silap lebih kurang 300 meter je sekolah tu dengan kawasan kubur tu.

Selama 3 tahun bersekolah disitu selama itu juga la aku dibelenggu ketakukan oleh misteri-misteri di asrama Bukit Kubur yang sering menghantui aku.

Paling aku takut dan kecut perut bila aku datang period dan terpaksa tinggal sorang-sorang dalam asrama sebab waktu maghrib dan isyak semua penghuni asrama kena solat berjemaah. Ketika azan berkumandang aku selalu dengar bunyi satu objek yang sedang bergolek diatas bumbung asrama dan hilang bila tiba di penghujung bumbung disertai satu bunyi yang aneh.

Sejak kejadian tu aku mula menghafal ayat Kursi dan bila terjadi sesuatu perkara misteri aku terus membaca ayat al-Quran tersebut. Misteri ditindih oleh makhluk ghaib di asrama Bukit Kubur la satu-satunya peristiwa seram yang tak boleh aku lupakan sebab ianya betul-betul memberi kesan yang mendalam terhadap emosi aku sehingga kini.


Sinopsis Volkswagen Kuning





MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!


Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.















Trailer Volkswagen Kuning






Filem Volkswagen Kuning ini adalah dibawah terbitan MIG Pictures Sdn Bhd akan ditayangkan pada 22 September 2016 ini. So, jom kita ramai-ramai menonoton filem Volkswagen Kuning ni.

Selain tu anda juga boleh menyertai contest Volksagen Kuning ini dari pautan yang aku sediakan kat bawah ni. Contest ini adalah kerjasama antara pihak MIG Pictures Sdn Bhd dan Bro Framestone. Dan yang menariknya adalah hadiah contest ini berupa sebuah telefon pintar OPPO F1s.

Contest Filem Volkswagen Kuning




Continue Reading

Thursday 15 September 2016

Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US

Salam Perjuangan buat semua.

Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin


Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US
Sumber


Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Continue Reading