Tuesday, 23 June 2015

Adakah sah puasa tanpa mandi wajib?

Sumber
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belum terlambat lagi rasanya kalau saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Hari ni nak cite pasal adakah sah puasa tanpa mandi wajib?. Pagi tadi buka Youtube tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal puasa, tu yang terjumpa video pasal sah tak sah kalau kita berpuasa dalam keadaan hadas besar.

Ustaz Azhar Idrus cakap mandi wajib ni ada dua sebab sebenarnya. Yang pertama, mandi wajib untuk sucikan diri dari haid dan nifas. Yang kedua adalah mandi wajib sebab keluar air mani ataupun suami isteri bersetubuh pada waktu malam. Mandi wajib yang kedua ni biasanya disebut mandi junub.

Berbalik pada hukum sah atau tak sah puasa ketika berhadas ni. Untuk sebab yang pertama, tak sah berpuasa ketika berhadas besar kerana belum mandi wajib selepas kedatangan haid atau nifas. Manakala hukum berpuasa bagi seseorang yang belum mandi junub tetapi telah berniat untuk puasa sebelum waktu subuh adalah sah. 

Ada dua dalil yang saya ambil dari www.zaharuddin.net bagi mengukuhkan lagi statement Ustaz Azhar Idrus tu.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

0 comments:

Post a Comment