Tuesday 19 April 2016

Idea Fesyen Hijab Sempena Raya

Seperti koleksi baju kurung yang kini telah mula dijual oleh ramai peniaga, koleksi tudung juga mendapat perhatian yang sama oleh ramai wanita bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sedar tak sedar, kurang daripada beberapa minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri dengan meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Bagi anda di luar sana yang mungkin mencari-cari apakah idea fesyen hijab yang paling sesuai digayakan sempena Raya 2016 ini, jom kita lihat idea-idea seperti berikut;


Express Hijab

Koleksi express hijab seperti berikut merupakan pilihan utama ramai wanita yang mahu kekal selesa sepanjang hari lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Koleksi tudung ini adalah jenis tudung yang paling mudah dipakai dan ringkas.


Tudung Bawal

Idea hijab kedua pula adalah dengan mengekalkan gaya lama iaitu dengan pemakaian koleksi tudung bawal. Kini anda boleh menemui pelbagai jenis koleksi tudung bawal yang boleh anda gayakan dengan cukup glamour.


Tudung Hood

Tahu apa lagi koleksi tudung yang memberikan penampilan yang glamour? Apa lagi kalau bukan koleksi tudung hood atau hoodie.


Wide Shawl

Bagi hijabista yang gemar menggayakan lilitan hijab kontemporari pula, koleksi wide shawl adalah pilihan yang paling ideal untuk anda tampil bergaya di pagi Syawal.


Instant Shawl

Akhir sekali adalah koleksi instant shawl yang cukup popular pada masa kini dimana ia juga amat mudah dipakai dan pada masa yang sama menyerlahkan penampilan anda. 

0 comments:

Post a Comment