Tuesday 5 April 2016

DIY Rawatan Wajah di Rumah

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

Siapa yang suka jaga kecantikan kulit mesti pernah buat rawatan wajah sendiri dekat rumah kan?

Do It Yourself (DIY) rawatan wajah dekat rumah sendiri memang ramai yang buat termasuk la saya ni. Bukan apa, senang dan tak payah nak keluar nak drive bagai. cuma rajin dengan malas je nak buat sebab tu kulit tak cantik dan tak berapa nak putih gebu macam kulit Sajat..hehe..


facial treatment, kulit gebu, kulit licin, kulit putih, sihat, rawatan wajah, tips kecantikan, qiya saad
Gambar ni tak ada kena mengena dengan entry ni pun..hehe

OK, hari ni saya nak share macam mana nak jaga kulit muka agar sentiasa nampak cantik. Saya bukan Beautician cuma minat pada bidang kecantikan yang menyebabkan saya tulis entry berkaitan rawatan wajah ni.

Rawatan kecantikan yang saya maksudkan tak kira sama ada guna kaedah moden atau pun kaedah tradisional. Asalkan ianya berkaitan dengan penjagaan kecantikan.

Biasanya saya buat rawatan wajah yang paling asas sekali sebab saya ni memang tak berapa nak rajin.

Langkah-langkah rawatan asas penjagaan wajah seperti di bawah ni...

1) Cuci wajah dengan pencuci wajah untuk buang kotoran atau guna make-up removal sebelum cuci muka jika memakai make-up.

Dalam banyak-banyak produk penjagaan kulit wajah saya selalu guna safi atau pun safi balqis sebab sesuai dengan kulit saya lagi pun harga safi biasa-biasa je. tak ada la mahal macam produk SKII tu. Saya pakai safi ni sejak sekolah menengah lagi. Dulu kulit memang teruk gila. Hitam legam..banyak jerawat..sampai ada sorang doktor kat kampung saya cakap muka saya macam jalan tar. masa tu baru je darjah 6..muka teruk gila..dengan berparutnya lagi..tak caya sudah..tapi tu la realitinya..hohoho

Tapi sekarang ni saya guna pembersih & penyegar 2 dalam 1 Safi Balqis White Trilogi. senang. cuci dan toner dalam satu masa.

Apa kelebihan pembersih & penyegar 2 dalam 1 Safi Balqis White Trilogi ni?




Degan rumusan bebas sabun bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar. Bersama dengan ekstrak Kiwi, manik-manik kecil yang mengandungi minyak bunga matahari bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran disamping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semulajadi kulit wajah.

Safi Balqis White Trilogi dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah:
  • Membersih secara mendalam
  • Mengecilkan pori
  • Memudarkan cela
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit
Hasilnya kulit akan menjadi halus mulus dan cerah sempurna.


2) Wap atau steam kan wajah dengan air panas untuk buka pori-pori supaya kotoran di wajah dapat disingkirkan.

3) sementara pori-pori wajah masih terbuka sapukan skrub di wajah untuk buang sel kulit mati.

Untuk scrub saya guna brand Odeon. Odeon ni made in India. Saya cari body scrub je sebenarnya tapi tak jumpa brand lain kat Giant Seksyen 13 Shah Alam tu so saya ambil je brand Odeon ni. Walau pun tak pernah dengar jenama ni tapi it's ok why not i try lagi pun 2 in 1 untuk muka dan badan...bagus apa. Skrub ni mengandungi madu dan minyak zaitun sebagai bahan utamanya. Untuk pengetahuan, madu dan minyak zaitun ni selalu digunakan sebagai bahan dalam rawatan kecantikan kulit. So, tak perlu risau dengan jenama.




4) Pakaikan mask di wajah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka ketika skrub.




Untuk mask plak saya pilih jenama Bio-essence Tanaka White Double Whitening Mask. Tapi belum pakai lagi. Sebelum ni saya guna brand dari korea iaitu Dr G. Tapi kurang sesuai dengan kulit saya rasa panas-panas je muka lepas pakai mungkin sebab yang tu peeling mask kot. Ada bahan pengelupasan kulit so saya tak pakai sangat. Dan baru-baru ni saya beli Krem Masker Bengkoang Mustika Ratu. Bagi saya mask ni best sangat, nak tau lebih lanjut sila baca SINI.

Kelebihan Bio-essence Tanaka White Double Whitening mask ni kerana ianya mengandungi ekstrak Tanaka Tree Bark yang mana digunakan sebagai ramun pemutih secara tradisional sejak 2000 tahun lepas dan asid Tranexamic yang mana ianya sangat terkenal sebagai ramuan pemutih. Kombinasi 2 bahan pemutih ini ditambah pula dengan Bio-Energy Fluid (cecair tenaga bio) dapat melakukan proses penyerapan kedalam lapisan kulit yang mana dapat membantu mencerahkan kulit dan menghalang penumbuhan bintik-bintik hitam, kedutan, dan mencerahkan kulit kusam secara efektif.

Kelebihan Bio-essence Tanaka White double whitening mask ini adalah:-
  • Cepat menyerap nutrien dari kulit
  • Diperkaya dengan asid Tranexamic yang mana membantu mencerahkan kulit dan menghalang bintik hitam dan kedutan di wajah.
  • Dengan ekstrak kulit pokok Tanaka (Tanaka Tree Bark) membantu menyejukkan kulit yang mana lembapan akan disimpan dalam kulit, mengekalkan kesegaran kulit, dan mencerahkan kulit.

5) Sapu toner untuk menyegarkan wajah dan mengelakkan kulit menjadi kering.


6) Sapu krim malam jika melakukan rawatan wajah di waktu malam.



Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya je. Kalau korang ada cara dan pandangan atau apa-apa je yang nak dikongsi bersama sila tinggalkan komen. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment