Sekarang ini mudah sangat nak cari maklumat. Search dekat ChatGPT dan boleh dikatakan perkara yang kita nak tahu semuanya akan dijawab dengan ChatGPT dengan tepat berdasarkan semua maklumat yang tersimpan di Internet. Hebat kan?
Berteraskan prinsip Artificial Intelligence (AI) atau dalam Bahasa Melayu kita boleh terjemahkannya sebagai Kecerdasan Tiruan! Apakah? Maksudnya dia mengadaptasi maklumat yang telah sedia ada di Internet dan membuat rumusan terhadap setiap perkara yang dibincangkan dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas, padat, cepat, dan tepat.
Sebagai seorang Blogger yang pernah obses dengan strategi Search Engine Optimization (SEO) suatu ketika dahulu semata-mata untuk menaikkan ranking blog dan nak positionkan article blog di ranking pertama dan page pertama di search engine terutamanya di enjin carian Google sudah tentulah Qiya sangat tertarik dengan kebijaksanaan CEO OpenAI, Sam Altman dalam menjayakan sebuah inovasi dunia teknologi maklumat melalui projeknya yang sangat pintar dan popular beberapa tahun kebelakangan ini iaitu ChatGPT.
Sejak adanya ChatGPT ini banyak keputusan yang dibuat oleh kebanyakkan orang akan mengambil kira cadangan daripada ChatGPT. Kalaulah ChatGPT ini manusia kita boleh katakan dia ini adalah seorang penasihat yang sangat bijak dan jujur. Jujur ini adalah salah satu ciri-ciri individu yang berintegriti. Jadi orang-orang yang memiliki sifat jujur ini adalah orang-orang yang sangat tinggi tahap kredibilitinya sebab jujur ini adalah satu daripada sifat yang ada pada ketua pemimpin umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang dikenali dengan sifatnya yang Siddiq iaitu maksudnya benar. Bila bercakap sentiasa jujur walaupun realitinya pahit untuk ditelan.
Baik, sekarang Qiya cerita tentang World App pula. World App atau Worldcoin ini adalah sebuah lagi projek yang dijayakan oleh pengasas OpenAI, Sam Altman bersama co-foundernya Alex Blania dan Max Novendstern (Max Novendstern telah meninggalkan projek ini pada 2021). Fokus utamanya adalah untuk mencipta komuniti yang terdiri daripada manusia nyata yang menggunakan aplikasi World App bagi melestarikan kehidupan manusia sejagat dengan menggalakkan semua manusia di dunia ini berinteraksi sesama manusia nyata, bukannya berinteraksi dengan robot atau bots. Jika difikirkan dari sudut positif, World App akan mengurangkan kebarangkalian bagi sesiapa yang suka berchatting terchatting dan terjatuh cinta dengan bots! Benarkah ianya wujud? Cubalah tanya ChatGPT kalau tak percaya hehehe.
Selain itu pada pandangan Qiya, aplikasi World App ini mungkin sangat membantu dalam mengurangkan kadar tekanan mental dikalangan kanak-kanak dan remaja. Bagaimana? Sebagai contoh, kalau kita melarang anak-anak bermain games sudah tentu diorang tak dengar dan akan bagi banyak alasan untuk terus bermain sebab nak naik rank dan nak dapat rank lebih daripada kawan-kawan atau gamers lain tapi pasti ke yang tengah bermain dengan anak-anak korang tu adalah manusia sebenar? Jadi disinilah peranan World App sebagai langkah mitigasi atau strategi untuk membantu anak-anak kita bersaing secara sihat walaupun ketika bermain games dalam talian kerana difahamkan bahawa aplikasi World App ini menawarkan aplikasi-aplikasi Games yang lebih sesuai dimain oleh anak-anak.
Itulah logiknya disebalik penangkapan imej iris mata setiap pengguna World App oleh peranti yang bernama 'Orb' atau sebuah kamera yang berfungsi untuk menangkap imej iris mata sebagai pengenalan biometrik seseorang sebelum data ini diproses dan ditukarkan sebagai identiti unik seperti corak yang terdapat pada cap jari tetapi ianya dikatakan lebih selamat, dan seterusnya digunakan untuk mengesahkan bahawa pengguna aplikasi World App ini adalah benar-benar seorang manusia sebelum aplikasi ini boleh digunapakai oleh mereka. Imej iris mata ini akan dipadam darpada peranti 'Orb' setelah identiti unik atau biometrik ini dijana dan digunakan. Sebagai ganjaran, Wolrd App bagi Token dalam bentuk matawang kripto iaitu Worldcoin sebanyak lebih kurang 50WLD dan jumlahnya sentiasa akan berkurang. Kalau ditukar kepada Ringgit Malaysia ianya bersamaan lebih kurang RM160 berdasarkan kadar tukaran matawang kripto WLD berbanding MYR pada hari ini (9/7/2025) dan proses verifikasi ini disokong oleh agensi kerajaan MyEG dengan cara menempatkan peranti-peranti 'Orb' ini di premis MyEG yang terpilih.
Selain itu projek Wolrd App ini juga memberi ganjaran kepada pengguna yang memperkenalkan aplikasi ini kepada pengguna lain. Referral program lah senang cerita. Setiap pengguna yang mendaftar melalui referral link kita dan membuat pengesahan biometrik iris di agensi MyEG akan menerima RM50 dan terhad kepada 10 pengguna yang mendaftar melalui link kita. Maksudnya ganjaran ini terhad. Setiap pengguna berpotensi untuk mendapat ganjaran sebanyak RM500.
Dan ini adalah Referral Link Qiya: https://world.org/join/GKOCQSS
Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan aplikasi World App ini boleh daftar melalui link di atas.
0 comments:
Post a Comment