Friday 11 December 2015

Azam Tahun Baru 2016 - New Year Countdown!


Tahun baru 2016 hampir tiba. Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita tinggalkan tahun 2015. Memori suka dan duka pasti silih berganti. Begitu juga dengan azam tahun baru mesti ada yang tercapai dan ada juga yang terpaksa di carry forward ke tahun-tahun seterusnya. Apa pun yang pasti teruskan usaha untuk capai setiap impian itu. Jangan cepat mengalah.

Kalau cakap pasal azam, cita-cita, impian, ataupun mimpi mesti lagu nyanyian Asmidar yang berjudul Mimpi Sampai ke Bintang bermain-bermain di benak saya. Bait-bait lagu tu memang powerfull. Kalau ada kesempatan pergi pusat karaoke lagu ni memang saya akan nyanyikan. Walaupun suara tak sedap tapi boleh la setakat untuk bagi ransangan dan suntikan semangat pada diri sendiri.

Yela kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang kita dah usaha sehabis daya tapi apa yang kita hajati belum tertunai lagi. Tapi jangan disebabkan kita belum kecapi apa yang orang lain atau kawan-kawan kita da dapat hari ni kita putus asa ataupun hilang semangat juang untuk terus berjaya di masa akan datang. Kejayaan tu pasti ada selagi mana kita ikhlas menggunakan tulang empat kerat ni untuk berjaya.

Selain itu, ubah persepsi kita. Kejayaan tak semestinya diukur dari sudut material semata-semata. Tapi fokuskan juga dari segi emosi kita. Kalau dulu kita ni seorang yang pemarah dan suka fikir negatif tapi sekarang sikap kita dan kehidupan kita dah berubah 360 darjah itu pun satu kejayaan untuk kita. Bukan semua orang boleh merasa bahagia walaupun tak memiliki rumah mewah dan kereta mewah. Tapi kerana rasa syukur dengan apa yang ada tu membuatkan hatinya bahagia dan tenang. Akhir kata, semoga korang semua berjaya didunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment