Wednesday, 7 May 2014

Crush your heart - Menari dalam hujan (Kamal Naser)


Hari ku lalui,
indah bagaikan pelangi,
sesuatu yang tak di jangka,
berakhirnya sebuah memori,

dan aku menari dalam hujan yang gerimis
dan aku menangis memanggil nama mu illahi

andai ku bisa kembalikan masa lalu,
andai ku bisa menerima balasan ku,

dan aku menangis dalam hujan gerimis,
dan aku menangis memanggil nama mu illahi,
Continue Reading

Sunday, 4 May 2014

Siapakah Kamal Naser?



Follow my blog with Bloglovin

Ketika kali pertama menonton video jejaka tampan bernama Kamal Naser ini, hati ini terdetik nak menulis cerita tentang latar belakang beliau. Saya cuba untuk dapatkan profile beliau tapi masih belum dapat maklum balas lagi.



Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah Kamal Naser ini kan? Sebenarnya saya pun baru je kenal beliau tadi. Itu pun secara tak sengaja. Tadi lepas balik dari fakulti pergi makan dengan seorang kawan ini dan sembang punya sembang pasal fotografi dia pun cakap dia ada kawan photographer so saya memang minat sangat-sangat photography and kalau ada rezeki suatu nanti saya nak belajar macam mana nak ambil gambar yang cantik-cantik..saja untuk isi masa lapang..saya ini cepat bosan, so saya kena cari aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sebab saya memang tak boleh duduk diam.


kamal, naser, qiya, saad, artis, malaysia, kuala lumpur, photographer, musician, singer, artis, baru, pelangi


Berbalik pada kisah Kamal Naser ini. Selain menyanyi dan bermain alat muzik, beliau juga adalah seorang jurugambar ataupun photographer yang kawan saya cerita tadi itu lah. Dari segi bermain alat muzik yang saya sempat tengok setakat ini, beliau memang ada bakat..melodi pelangi dalam video Youtube dekat atas itu pun memang sedap didengar. So, pendek kata beliau memang ada pakej, cuma dari segi vokal itu masih boleh di gilap lagi.



Saya tahu ramai yang tak kenal beliau, tapi bagi saya kesungguhan beliau bermain alat muzik dan menyanyi memang boleh di puji dan kalau ada platform yang betul mungkin beliau akan pergi ke peringkat yang lebih jauh. Sebagai peminat, saya sentiasa mendoakan kejayaan beliau!!


Kamal Naser on purevolume.com
Continue Reading

Friday, 2 May 2014

Melukis adalah cara saya untuk hilangkan tekanan!

Follow my blog with Bloglovin

Semua orang dalam dunia ini menghadapi tekanan hidup masing-masing. Bezanya kecil atau besar tekanan yang dihadapi seseorang itu. Tekanan hidup sebenarnya boleh dikategorikan sebagai tekanan fizikal dan tekanan mental. Tekanan fikikal berlaku apabila seseorang itu terpaksa melakukan pekerjaan yang di luar kemampuan mereka manakala tekanan mental pula berkait rapat dengan cara seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi. Perasaan bosan terhadap aktiviti seharian juga boleh mengakibatkan seseorang itu rasa tertekan. Lebih malang lagi apabila tekanan hidup tersebut boleh menyebabkan seseorang itu melalukan perkara yang tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka.



Jadi, hari ini saya nak berkongsi bagaimana cara saya menghilangkan rasa tertekan untuk sementara waktu. Kebiasaannya bila saya rasa bosan ataupun tak larat nak menghadap assignment ataupun nota-nota dan buku-buku study saya akan alihkan fokus itu sekejap. Saya buatlah apa-apa pun asalkan kepala saya rasa ringan sikit lepas itu. Antara perkara yang saya akan lakukan adalah mencurahkan idea pada sehelai kertas lukisan macam dekat bawah ini ataupun saya akan mengarang cerita-cerita pendek ataupun cerpen. Menulis blog pun adalah salah satu cara saya untuk kurangkan tekanan dan senang cerita membaca, menulis, dan melukis ini dah memang jadi hobi saya dari kecil lagi.



Tapi biasanya hobi ini bergantung pada minat kita juga dan rasa minat pada sesuatu itu kita boleh pupuk sebenarnya. Sama lah konsepnya kalau kita minat dekat seseorang itu, mesti kita akan cuba cari jalan macam mana nak bagi hubungan itu menjadi lebih mesra. Sama lah juga dengan hobi ini, mula-mula tengok-tengok je lama-lama mesti akan timbul rasa suka dan teruja.


Continue Reading

Thursday, 1 May 2014

Tutorial cara pasang lagu dalam blog

Hai..hari ni saya nak share tutorial yang paling simple berkaitan dengan cara pasang lagu kat dalam blog. Caranya mudah sangat, just ikut je step by step kat bawah ni ye..

Step 1
Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/HTML

Step 2
Pergi ke website SCM Music Player

Step 3
Pilih Skin yang korang suka dekat menu Choose Skin. Tick je kat bulatan tu..and then click Next.


Lepas tu pilih lagu yang korang suka then copy & paste URL lagu dari Youtube..then click next lagi.



Seterusnya, tick kat Auto Play dan Shuffle Playback and then klik Done.



Step 4
Copy code SCM Music Player tu lepas tu paste je dekat Javascript/HTML yang korang dah buka kat Step 1 tadi and then Save je..



Taarraaa..dah siap pun..senang kan? haaa..sekarang ni boleh lah dengar lagu kat blog korang ye..Selamat mencuba!!!


Continue Reading

Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga




Lirik Lagu Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
(Lagu Tema/OST Ariana Rose)

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

[Chorus]

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

[Ulang Chorus]

Doaku kasih kita bersua
Dipintu syurga

***********************************
Continue Reading

Wednesday, 30 April 2014

Catuan air di henti serentak esok - MB Selangor



Alhamdulillah..Akhirnya catuan air akan di henti serentak mulai esok (1 Mei 2014) kata Menteri Besar Selangor dalam surat khabar Berita Harian hari ini.

Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan bekalan air di kawasan Lembah Kelang di catu mengikut jadual yg ditetapkan. Kalau dekat kawasan Shah Alam ni biasanya 2 hari ada air 2 hari tak ada air. Baru je hari Jumaat minggu lepas baca paper katanya catuan bekalan air akan diteruskan sehingga di beritahu semula. Tapi tiba-tiba baca paper hari ni katanya catuan air akan berakhir mulai esok.



Saya sebagai penduduk di kawasan yang terjejas ni memang happy sangat bila tahu masalah air ni akan selesai. Tapi macam biasa..jangan terlampau bersenang hati dan bertindak melulu ataupun bak kata pepatah Melayu 'Mendengar guruh dilangit air dalam tempayan dicurahkan.' Maksudnya kalau ada air dalam baldi tu jangan la buang cepat sangat ye..Simpan..sebab kita tak tahu sampai bila krisis air ni akan berakhir memandangkan seperti apa yg dapat kita dapat perhatikan contohnya cuaca sekarang pun tak menentu dan hujan pun sekejap-sekejap je..So, mestilah air dalam tempat tadahan hujan ataupun loji bekalan air tu masih tak cukup untuk menampung permintaan yg bertambah disebabkan peningkatan bilangan penduduk di negara kita ni.



Sampai sini je entry untuk kali ini..hopefully sikit sebanyak dapat berkongsi berita baik khasnya kepada penduduk sekitar Lembah Kelang ni..Sekian terima kasih..
Continue Reading

Thursday, 24 April 2014

100 unit PC terpakai brand Acer untuk dijual.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Disebabkan masa tak berapa mengizinkan, blog ni da macam terbiar je kan..tp nak buat mcm mana memang saya tak sempat nak update entry baru..maklumlah 23 jam kredit untuk student Engineering macam saya ni memang sibuk mengalahkan PM laaaa (hahahahaha)..mana tak nye, kalau hari-hari keje mengadap assignment yg bertimbun-timbun yg tak pernah habis tu cuba kira berapa jam je yg tinggal untuk tidur, makan, mandi, solat, and etcetera etcetera..ditambah pulak dgn jadual test yg bertindih-tindih..kalau diikutkan hati memang rasa nak quit dan cari keje je..senang cite..tapi sayang pulak rasanya sebab tak lama da nak grad..next year insyaallah..

Ok, saya tak nak membebel panjang..nanti orang bosan kan?? Sebenarnya ada kawan minta saya tolong jual kan Komputer (PC) second hand yang sebelum ni hanya digunakan untuk kerja-kerja office..condition memang ok..RAM dengan Hard Disc pun dah upgrade..harganya RM850, spec PC ada kat bawah..sila scroll dan baca sampai habis..cara penghantaran pulak, kalau sekitar Lembah Klang tu boleh hantar by hand dan siap pasangkan sekali, kalau tempat lain saya akan hantar guna Pos Laju tapi ada caj penghantaran la..kalau ada yg berminat boleh contact saya Qiya 0122668424. Tq


personal, computer, pc, acer, terpakai, shah alam, selangor, jengka, jerantut, temerloh, pahang, malaysia, subang jaya, kota kemuning

personal, computer, pc, acer, terpakai, shah alam, selangor, jengka, jerantut, temerloh, pahang, malaysia, subang jaya, kota kemuning

personal, computer, pc, acer, terpakai, shah alam, selangor, jengka, jerantut, temerloh, pahang, malaysia, subang jaya, kota kemuning


PERINCIAN SPESIFIKASI

JENAMA:ACER
MODEL:VERITON M480
BUATAN: TAIWAN

PROCESSOR: INTEL CORE 2 DUO(3.00GHZ/6MB CACHE/1333MHZ FSB)

MEMORI: 2 GB DDR 3(UPGRADABLE TO 8GB) SUPPORT DUAL CHANNEL MEMORY

CAKERA KERAS: 320GB SATA 2 HARD DRIVE

PERANTI OPTIK & FLOPPY DISK: DVD SUPERMULTIPLUS WRITER DRIVE WITH LABELFLASH & 1.44MB 3.5" FLOPPY DISK DRIVE

PAPAN KEKUNCI & TETIKUS: ACER USB KEYBOARD & USB OPTICAL MOUSE

PERANTI PAPARAN: ACER 18.5" WIDE TFT MONITOR WITH ADJUSTABLE STAND

KAD GRAFIK & AUDIO: ATI RADEON HD 4350 512MB DDR 2 WITH D-SUB/DVI/HDMI OUPUT
AUDIO: INTERGRATED HIGH DEFINITION AUDIO WITH 5.1 CHANNEL SURROUND SOUND

KOMUNIKASI: INTERGRATED 10/100/1000MBPS GIGABIT ETHERNET

PORT: STANDARD - 4 USB 2.0 PORTS,MULTI IN ONE CARD READER,HIGH DEFINITION HEADPHONE & MICROPHONE
REAR: 6 USB 2.0,PS/2 KEYBOARD PORT AND MOUSE PORT,1 EXTERNAL VGA MONITOR,3 AUDIO PORTS,ETHERNET (RJ-45) PORT,SERIAL PORT,DVI-D PORT

PRICE: RM 850.00
Continue Reading