Sunday 14 June 2015

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

asean, bendera, sejarah, pertubuhan, negara, asia, tenggara, association, southeast, asian, nations

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

1. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara

2. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)

3. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman

4. Menolak penggunaan ketenteraan

5. Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Brunei Darussalam
Filipina
Indonesia
Kemboja
Laos
Malaysia
Myanmar
Singapura
Thailand
Vietnam
Timor Leste (Bukan ahli, hanya negara pemerhati)

Kredit: Wikipedia

0 comments:

Post a Comment