Saturday 30 May 2015

Ibu Johan As'ari meninggal dunia

Assalamualaikum

ibu, johan, as'ari, meninggal, dunia, kanser, tulang, pelakon, drama, juvana, botak

Datin Firdaus Abdul Kader iaitu ibu kepada pelakon yang popular dengan watak 'botak' dalam drama bersiri Juvana yang ditayangkan di TV3 beberapa tahun lalu iaitu Johan As'ari dilaporkan dalam laman berita mStar Online hari ini telah meninggal dunia pada hari Sabtu 30 Mei 2015.

ibu, johan, as'ari, meninggal, dunia, kanser, tulang, pelakon, drama, juvana, botak

Johan telah memuat naik gambarnya di Instagram kira-kira jam 12 tengah hari semalam dan memberitahu ibunya telah pun pulang ke Rahmatullah.

"Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.


Sebelum ini Johan berkata yang ibunya disahkan menderita sakit kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas mengalami serangan strok pada Mac lalu.


Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara sebelum dibawa pulang ke kediaman dan dijangka akan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat Asar.

0 comments:

Post a Comment