Thursday 8 August 2013

Sihat & Ceria : 3 Tips Diet Hari Raya

Salam lebaran semua...

Macam mana hari raya pertama anda, mesti meriah kan? Alhamdulillah..macam mana pula dengan kesihatan anda? Mesti ada antara anda yang tertidur sebab terlebih makan dan terlebih kenyang semalam kan..Memandangkan peratusan penyakit kencing manis dan obesiti di Malaysia ini semakin meningkat hari demi hari, jadi hari ini saya nak kongsi 3 tips diet hari raya yang boleh anda amalkan untuk kekal sihat sepanjang Aidilfitri ini.

1) Mengawal Nafsu Makan

Sebelum makan semua juadah yang dihidang, lihat semua jenis makanan tersebut dan fikir seketika adakah makanan tersebut akan membebankan sistem pencernaan dan kesihatan anda. Ketupat, lemang, rendang dan 1001 jenis kuih yang anda makan sudah pasti semuanya akan memberi kesan negatif kepada tubuh anda. Jadi, kurangkan pengambilannya. Boleh ke? nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih kn..

2) Minum Banyak Air dan Pilih Makanan yang Kaya dengan Fiber

Air sangat penting untuk mengawal suhu badan dan membantu proses pencernaan. Untuk kekal sihat, anda perlu minum air yang secukupnya seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan. Pemilihan makanan juga amat penting untuk diet yang seimbang seperti makanan yang kaya dengan fiber seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Boleh dikatakan semua menu hari raya adalah berasaskan santan kelapa dan tinggi kandungan kolesterol jadi pilihlah yang banyak kandungan sayur-sayuran seperti lontong. Walaupun mengandungi lemak, tapi kandungannya adalah lebih rendah berbanding dengan rendang dan kandungan airnya adalah lebih banyak.

3) Kurangkan Makanan yang Manis

Macam mana nak kurangkan? semuanya manis..air manis, kuih pun manis..habis nak makan apa ni?bukan tak boleh makan, boleh..cuma kurangkan pengambilannya. Seperti yang anda sedia maklum, air bikarbonat seperti coca cola, pepsi, soda dan sebagainya mengandungi gula yang sangat tinggi. Jadi, kawal pengambilannya. Bukan ke mencegah tu lebih baik dari merawat?

Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan. Harapan saya semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua dan selamat berhari raya dengan tubuh yang sihat dan wajah yang ceria.

0 comments:

Post a Comment